Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Thursday, September 20, 2012

Sembelit owh sembelit...suh..suh...NYAH KAU DR IDUPKU!


Salam u ols....

Today 20.09.2012, pejam celik, pejam celik....dah hari Khamis. Esok Jumaat (yay!!!!) Saya suka Jumaat, anda juga tentu suka. hik3x....

Urm, ari nie aku nak story mory dengan korang peristiwa sembelit level buasir yang telah menyerang hidupku. setakat nie...dah 2x dah penyakit nie menjelma dan menyerang proses sisa buanganku. FOBIA, TAKUT, GERAM, FED-UP....memacam mood menyerang bila berhadapan dengan kes cam gnie. Semalam...kira2 jam 7pm...sakit nie menyerang lagi. Masa tue....ada perasaan nak membuang..tapi tak ler sarat sangat nak membuang. Untuk makluman korang, aku nie spesis yang suka pegi ke WC bila betul2 dah sarat nak membuang. Tue kes nak membuang la. Kalau kes mandi..tak ler saratkan?? hahhahaha...

So, disambungkan cerita tadi....semalam tue...aku cuba2 gak nak melayan mood dalam WC. Nasib WC d umahku ada dalam master room. So, tak ler susah sangat nak perhatikan anak2ku yang tengah bermain bila ditinggalkan sendirian. Affan dia tak suka tinggal sorang2 dalam bilit. Mesti dia "kengkaung" a.k.a meraung2 la. Urm, sejak menjak Affan dah tau reti nie....aku mintak papanya buatkan pagar sementara didepan pintu WC dalam master room kami. Time aku mandi, aku tak tutup pintu WC. Dapat la Affan bermain sambil tengok mamanya yang seksi mandi. (huk3x). Seksi amendanya...lemak berkrim ngelember sana sini. Ngehahahhaha....

Adeh...deh.....swing ntah kemana dah cerita pasal sembelit level buasirku tadi nih. OK, lets continue.....

Dalam jam 7pm tue..aku cuba nak membuang. Tak juga keluar2. Punya la lama....mcm2 dah aksi anak aku..perhatikan aku. Puas juga aku pujuk dia dari jauh....main2, baring2..sambil tunggu mamanya tengah mengeram. Drama "Kau yang Terindah" yang tgh main d TV3.....kedengaran dari WC. urm....masih lagi jam 7pm...maybe dah 30 minit berlalu. Tunggu punya tunggu belum juga keluar bahan buangan aku tuh. Isk...isk....Affan dah mula meragam. Macam2 dah aksi bosan dia tunjuk kat depan pintu WC. Tolong la....keluar la...aku dah berpeluh dalam WC. Walaupun aircond d on dalam master room....hasil dari tekanan sembelit.....udara sejuk tue dah tak terasa. sob...sob...

15 minit dah nak jam 8pm...bahan buangan aku tue belum jugak keluar. Adeh...deh.....tulung...tulung...aku dah tak sanggup. 

Lebih kurang mcm nie la gaya aku time tue. huhuhu


KEJAM betul siksaan sakit nih. Affan dah meraung. Nak tido lettew. Kesian anak mama. Nenen (susu) dia dah habis. Dia nak meracau, merengek2....semua toys dia, dia buang. Marah sangat aku tinggalkan dia lama. Owh, tedah anak mama. Apa bleh buat...penyakit bukan mama pinta, sayang. sob...sob.....kalau ada hubby aku...dapat la tolong tgk2 kan Affan time aku berjuang dengan penyakit nih. Urm, nak tau? kira2 jam 8.15pm macam tue...baru la semunya selesai. Bontot aku dah kembang, dek kerana najis yang degil tak mo keluar. Sakit tak payah cakap. Malam tue aku dah tak selera nak makan. Lepas mandi, terus aku buatkan susu utk Affan. Kasi dia tidur dulu. Lepas dia tidur....aku kemas2 dapur n apa yang patut. Mata aku nie even sakit...aku tak suka tengok selerak sana sini.

Lepas semua selesai. Aku pun Zzzzzz.......

Pepagi lagi...bontot sakit, tulang pinggul pun turut sakit. Adoiiiiii yay.....malangnya nasib HAKU. sob...sob....

Sumber kesihatan cakap, individu yang kena sakit nie mereka terdiri individu yang kurang makan buah (yah, aku mmg tak suka mkn buah, tapi sayur aku suka. PALING suka taw!). Then, sukar nak minum air banyak. (yah, itu aku mengaku. sob...sob). Apa2 pun Nie hah..sedikit info pasal sakit sembelit nih. Sapa2 yang ada/ penah kena serang sakit nih. Kalau sudi kita bleh share d experiences. hik3x....

Sembelit kronik (Sumber dari Kosmo)

Sukar membuang air besar dan najis berdarah mungkin petanda kanser usus.



PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar?

Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.
Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.


Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri daripada golongan lelaki.
“Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.
“Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,” ujarnya.
Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan mengundang rasa tidak selesa kepada perut.
“Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.
“Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.



Wednesday, September 19, 2012

!!@#$$*&grrrrrr!!!da*n!!iiiittt#*"grrr

Salam sejahtera semua my dear...

Kabare semua? Hopefully korang sihat with happy mood. Tak mcm haku nih. Seawal pagi dah mood tak JAHANAM. Geram! Geram! Panas! Panas! Sakit jiwa betul! Semangat keja dah ada. Sakit2 pinggul haku pun aku berSEMANGAT nak pi keja. Napa bleh mood jadi sekecil kuman nih!! Kenapa? Co meng nga?????

Dush...dush!! haku geram giler bila mood ku tercantas dek kerana tudungku meragam di pagi awal. Punya la kita nak berSEMANGAT nak pi keja. Dia (tudung) plak buat hal. Meragam tak tentu pasal. Nak keja pun moody jer. Sakit jiwa dey.....

Korang penah dalam situasi cam gnie tak? Pilih2 tudung kunun....match2 skit with kemeja (bukan meja ya!)/ blouse ker....dah ready nak mendandankan diri depan cermin gedebak besar dalam master room. Makeup sikit2. Blush sana sini. Buff2 kiri, kanan, atas, bawah (bawah dagu la..) so, get ready nak "mesen" tudung yg ber"rupa" shawl. Atur sana sini. Pin kiri, kanan, atas, tak juga "ngam". Nampak lain mcm. Kira nak hide ler tempam pp ku yg chumell nie. Haishhh.....giler tak menjadi gak. Jam dah dekat 7.30am. My Hero nak meragam2 dah BUSAN semacam. Haishhh...tak SPORTING plak budak nih! Kepala ku nak fening semacam. Tensen dah berkocak2. Mood dah bergelora akibat sikap tudung yang datang mengila. 

Kemas2 tudung mcm teda selera.....terus campai beg, bakul susu Affan, beg baju2 Affan.....terus BLAH. Dengan niat..sampai umah emak nanti....cuba plak fesyen lain. Mana tau menjadi. Sesampai jer umah emak...terus loading barang2. Letak ditempat yang sepatutnya. Kalau tak dikemas nanti...Affan plak meragam dengan segala benda yang selera dia nak JAHANAMkan. Kes lain plak yang jadi. So, lepas semua Ok...terus aku teguk2 tudung. Then, kemas2 lagi. Pin2 lagi. Pusing sana, pusing sini. Lilit sana, lilit sini. GERAM! TAK JADIK JUGAK (NAH, AMIK KAU!!). Jarum jam dah dekat jam 8.00am. Adeh...30 minit dah haku lambat nak ke tempat keja. Adeh...aku kemas2 lagi tudung ikut style yang hampeh! Terus capai kunci keta...terus cium Affan then, pegi keja dengan niat yang ke3 kali....."detik hati, sampei jer kat parking keta nanti aku sambung balik "mesen" my tudung. Hampeh betul mood hari nie. Hampeh sangat. Mood dah mcm dalam blender. Terkisar semua.

Dalam perjalanan ke ofis...sambil2 drive tengok, jeling, pandang2 cermin...siap2 nak kemas2 tudung lagi. Buruk betul ku tengok. GERAM!

Sampai jer kat parking keta di perkarangan ofis....terusku bukak balik my shawl yang giler and meragam semacam tuh. Terusku "mesen" tudung sesimple2nya. Hah. lantak la....lepas nie....apa nak jadik...jadilah. yang penting auratku tak tersingkap, tak kelihatan. asal area my neck tertutup. GILER MAMPUS tudung nih. Lepas nih...HARAM ku nak beli jenis kain shawl cam gnie. BODOH betul....grrrrrrrrrrrrrrr!!! 

Sabar Min, Sabar......

Lock keta...terus masuk ofis. Dengan mood yang SERAM semacam. Letak beg. On komputer, Buat air kopi..bagi tenang sikit kunun. Sampai ke WC, terus tengok tudung lagi. LAGI2 TUDUNG....TUDUNG LAGI2. haishhh...hari nie aktiviti nak main dengan tudung giler nie jer. GERAM betul.

Now, look OK sikit. tapi....mesti depan meja keja ku nie...ada cermin. Hah, amik kau! Lain sikit ku tengok...gaya tudung nih...aku kemas2 kan lagi.


Adeh.......nasib apa la yang menimpa mood aku hari nih! HAMPEH!!!

PI JAUH2 MOOD SEDEY nih......

Nak tengok ker hupa hupi tudung aku hari nie ker? OK ker? sob...sob


Apa pendapat korang? mcm tudung pesen pompuan skema jak. Inner dah la tak sporting. Nak terkeluar jer keja nyer. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....cepat2 la masa berlalu. NAK BALIK..NAK BALIK.!!!



UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Tuesday, September 18, 2012

Sifat EGO

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.


Untuk mengetahui sama ada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran. 

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian sama ada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa. 

3. Tidak mahu menerima pendapat dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya. 

4. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya. 

5. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang. 

6. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra

7. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah. 

8. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu sama ada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati. 

9. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya. 

10. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan. 

11. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya. 

12. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya. 

13. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah. 

KESIMPULANNYA: - Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

Sumber di "copy & paste" dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

DONT THINK YOU'RE SMART ENUFF! (mode baca mesti tegas gittew)

urm....juz start new entry with simple Hi!

Harap2 korang sihat ye dak? Min sihat. tapi....mood lemod saya mcm tak sihat. Sakit jiwa, sakit hati, sakit kepala, sakit segala sakit. (adeh....manyak la sakit ko! dush...dush...chear lady)

Ada korang nampak title entry Min kali nie tak? pasal apa Min nak post entry cam tue...coz..saya berhadapan dengan spesis manusia yang dia fikir dia perfect or smart enuff. Padahal......umur baru setahun jagung....pengalaman hidup pun belum lepas lagi. Dah memandai nak "mesen" idup orang. Klu korang tak paham apa maksud mesen tue...lebih kurang maksudnya...dah pandai memandai nak bentuk idup orang la....gittew ler maksudnya. (ntah betul ker tidak)



Aku paling tak suka berjumpa dengan spesis manusia cam gnie. Haram jadah aku nak berkawan. Takut2 terjangkit dek perangai dia jahanam cam gittew. Aku tak baik...tapi...aku tak jahat. Oleh kerana aku tak baik, tapi aku tak jahat la aku tak mo kawan dgn spesis cam gnie takut akan menJAHANAM ka diriku lagi. Ngutik wooo...

Antara sikap spesis manusia cam gnie ialah dia suka bagi nasihat bajet2 dia tue bagus sangat, smarter than you, dia suka tegur sikap you (contohnya: - cuba kitak...bla..bla...., Jgn beli bla...bla...., mcm2 la....dialog yg berbau looked smarter/ good enuff than you!) gittew.....



Utk makluman, saya bukanlah spesis manusia yang tak bleh langsung terima advise orang. SAYA PALING SUKA ORG TEGUR SIKAP NEGATIVE saya. Tapi.....tgk la situasi dulu. Klu dah terlebih advise...tue dah lain maksud dia tue. Dah terlebih nak busybody or nak memandai nak plan idup orang. Than, lebih2 lagi usia yang nak menasihatkan aku tue lebih muda dariku. Pengalaman idup pun baru setahun jagung. Tapi, tak kisah ler plak klu dia muda than me...tp, pengalaman idup dia lebih byk dari aku. ITU AKU TAK KISAH! Tapi...nie tak....lelebih plak dia dari kita. 



Hai, cik adik...sebelum ko nak mesen idup orang..ko nangga lok idup ko sendirik. kalau gik idup numpang mak bapak.....lum pandei berdikari, gik lum lah pandei idup ya, cik adik oiiii! (nah, amik kau!)

Aku nie masih d tahap sabar (level sabariah lagi). Kalau sabar ku dah tak jadik sabariah lagi....terus jadi singabetina, baru menanah tinger ko!....sabar Min, sabar. Kalau marah2 tak cute lagi..yer dak?

Spesis manusia cam gnie kan, dia nak orang ikut LIFE RULES dia jak. Dia fikir life rules dia OK sangat ker? Mcm pic nie la gamak nyer: -



urm...life journey you lum panjang lagi dik oiii...masih jauh perjalanan idup you. InsyaAllah. (urm...bagus gak ku nie...memarah...sempat lagi mendoakan kesejahteraan ngko)

Isk..isk...seb baik la aku tulis entry nie....dah lebih sebulan. Kalau aku tulis entry nie sebaik saja jiwa ku tertekan akibat peristiwa hampeh tue...entry nie tak tertulis dalam keadaan yang lebih sopan cam gnie. sob...sob....

Utk ngko cik adik oii....udah2 ler bersikap PRASAN BAGUS. udah2 ler nak "makeup" people life. lets them do themself. enuff enter people life. talk like shit. advise like you smarter enuff than them. enuff itz enuff (ceh.....dah macam tajuk lagu kumpulan KRU plak kan? hahahhaha). Tapi...apa2 yang ko advise kat akak before nie...apa yg betul...akak nak terima kasih. Akak hargai la nasihat ngko tue. Buang penaT caring maring ko plakkan? Buang penaT air liuq ko plakkan? at least aku appreciated jugak la.



Aku tengok and dapat andaikan spesis cam gnie memang tak ramai kawan. Dia jenis yang memilih. Dia jenis yang jeling2, pandang2 dulu nak dekatkan seseorang. Tapi...kalau boleh mintak jauh la kawan2 jenis cam gnie. Dia nak kawan dengan kita...tapi subjeknya....Dia jugak nak tunjukkan dia yang more smarter, Ok, Good, perfect enuff than you. bla..bla...bla....its true, BELIEVE me. Tapi...kita tak bleh nak blame dia kenapa jadik begini. Spesis nie...bleh dikategorikan dari baka jugak. Penah aku dengan mak dia cakap....why anak orang cam gnie, cam gittew....and....at the end...anak dia jugak yang OK. Tak hampeh namanya tue??? eiiiiiiii....spesis nie....betul2 menakutkan. Aku kalau berhadapan dengan spesis cam gnie...semua kata2 or dialog diaorg depan aku...aku cuma diam jer. Saja jer nak dengar or tunggu part...."at the end" nyer tue. Sometimes lucu gak. Kenapa aku cakap lucu? coz...apa salahnya..sepanjang2 dialog tue...dia puji jak anak2nya. Bonus tue dia dapat dari kepuasan memuji diri sendiri. ye dak? hahahhaha....hampeh!

Then, one more....spesis nie...dia susah nak terima life rules or routine orang lain. Nak cakap diaorang nie duduk dibawah tempurung kelapa mcm katak..tak jugak. belajar tinggi2....tapi...yelah....dah sejak azali cam gitu. Macam saya kata tadi...dari baka jugak. huhuhu....

Kesimpulannya: PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI. BE YOURSELF. (e'eh....mcm slogan nak amik SPM jer tue. hak3x)




SURATAN atau KEBETULAN?

Hari nie nak post tentang apa plak ah?

urm....entry kali nie min nak upload pic with the simple and nice caption: -

SAMA, TAPI TAK SERUPA gittew. Meh...meh jom cnie tgk. Min nak post pic nie thru insta account to fb account. Dapat ler 30+ "like". yeah....bulih la dr ndak kan?? hik3x...neway, thanks frens (bajet gadis ayu gedik ;p)


utk entry kali nie...saya bubuh title: SURATAN ATAU KEBETULAN. hak3x.... seb baik...saya minat gak kat Diana Amir nie. (tue pun saya minat sejak menjak dia dah berhijab..time cekci mekci dulu, truly madly saya cakap...SAYA TAK MINAT. heeeee)

Ulasan utk pic nie: Kebetulan type or munge2 shawl tue sama....then, tak kisah la...sama ker, sikit2 nak sama ker....klu kat alam maya takpe, tapi..................TERNAYA la....mood nyer klu SAMA time dkt satu EVENT like dinner, konsert or whutsoever. bagus! bagus! kredit kat orang yang buat tudung...coz, tudung tuan laku mcm pisang panas (klu pisang sejuk, dh tak laku lagi...hak3x).

ok tue jer.....

Bye....bye.....


Monday, September 10, 2012

MUNAJAT CINTA SEORANG ISTRI




Ya Allah
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaraan yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau karuniakanlah aku dengan sifat keredha-an
Kau peliharalah lidahku dari kata kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasy
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ├Čni adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata kataku dari menyakiti perasaanya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tapi ya Allah...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah .....Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai seorang isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah .... Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah ..... Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikan aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi istri solehah

Hanya padaMu,
Ya Allah ..... Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lekat dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cubaanMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Istri yang dikasihi
Istri yang solehah
Istri yang senantiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin