Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Thursday, May 3, 2012

Erti sebuah PENGORBANAN



Kisah benar utk dijadikan RENUNGAN semua terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah ANUGERAH & AMANAH yg tak terhingga NILAInya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"


Ini cerita pasal rakan baik saya. Based on true story. Ceritanya bermula dr wife dia kena kanser payudara. Dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada... kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun.


Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam... wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2... kejam kejam saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat. Tapi jauh di sudut hati saya, memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya. Berbalik pd cerita td..masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah. we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu... .saya malas lah nak bertekak... saya ada gak suruh dia asingkan kedua2 isteri. dia tak nak... dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya ngan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu.


Masa kawan saya belajar dulu... memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat... .wife dia dah kerja sebaga ioperator kilang... so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu... lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang ade ke kawan saya tu... .selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia. cari no.2! tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah... saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi... .wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah... saya tengok... anak2 dia yg 4 org tu dgn maid... menangis2 pungut baju mak dia... kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap... "kau org cakap ngan mama kau... kalau nak papa jaga sampai mampus... jgn lawan cakap papa... "tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu... anak2 wife no.1: anak 1 & 2 perempuan,  anak 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu... so... seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu... sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.


Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu. arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03... sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France .


Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid arwah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas... saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital... sebelum arwah pergi ke hospital... dgn kepayahan arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi.


Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya... Saya masa tu hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri no.1 nya sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayah arwah sudah tiada.masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi. Memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital... arwah masih dalam bilik rawatan... .abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah arwah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.


Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.


Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, menggali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawa ke rumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.


Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah ana k2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap... tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai (wife no.1) tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.


Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami arwah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak arwah tidur bersama sama saya... mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama... mama... mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan... senyap2 sayang... papa ada... dan saya berharap agar Allah swt ..berikan hidayah kat rakan saya tu... supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...


Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)


Sedih juga kisah ini, moga kita mendapat IKTIBAR dari kisah ini. Maaflah kalau susunan ayat tidak berapa molek dan kemas.





Wednesday, May 2, 2012

Bacaan dalam solat (rumi) bersertakan dengan maksud


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allahuakbar
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardh. Haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Alhamdulillaahirabbil'aalamin.
Arahmaanirrahiim.Maaliki yawmiddiin.
Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin.
Ihdinash shiraathal mustaqiim.
Shirathal ladziina an'amta alaihim.
Roiril maghdhuubi'alaihim.
Waladh dhaalliin. Aaamiin.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Subhaana rabbiyal azhim (3x)
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Atau

Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii 
Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku")

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Subhaana rabbiyal azimi wabihamdih (3x)
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu.
Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji

Atau

Bagi orang yang telah lancar bacaannya, maka pujian bangun dari ruku dapat diperpanjang dengan:

Mil-ussamaawaati wa mil ul ardhi wa mil-umaa syi'ta min sya-in ba'du
Untuk-Mu lah segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki

Bacaan ketika sujud
Subhaana rabbiyal a'la (3x)
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Atau

Boleh juga membaca pujian seperti pujian No. 2 dalam ruku yaitu:

Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii
Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, wahdinii, warzuqnii 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Atau boleh juga membaca:

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Attahiyatul mubarakatus solawatut toiyibatulillah. Assalamu ‘alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarokatuh. Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis solihin. Asyhadu alla illaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Attahiyatul mubarakatus solawatut toiyibatulillah. Assalamu ‘alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarokatuh. Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis solihin. Asyhadu alla illaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad. Kama sollaita ‘ala Ibrahim, Wa ‘ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad, Wa ‘ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim, Wa ‘ala ali Ibrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Astaghfiruka wa’atubu ilaik. Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Add in NOTE:

Doa selepas berwuduk
Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin.