Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Monday, January 27, 2014

Bicara perihal cuti 14 hari (lama tueee.......naik lemak satu badan dibuatnya nanti...hak3)

Assalamualaikum kengkawan semua.....

Korang sihat ka? Aku doakan semoga kita sentiasa sihat2. Jauh dari segala musibah serta penyakit2 yang merbahaya.

Hari nie nak story mory kat korang...perihal aku "ter"paksa cuti 14 hari last 2 weeks. Bukan aku yg nak cuti sesuka2 ati. Bos, jgn la tunjuk muka tak puas ati plak. Bukan aku yang mengisi borang cuti. Cuti 14 hari tue....diberi bersebabkan..... sob...sob....jap lagi aku cerita no....

uwaaaaaaaaa.....sedih plak....

Sebabnya.... my semeng Affan terkena sakit KAKI TANGAN DAN MULUT. Dalam bahasa omputihnya Hand, foot and mouth diseases. Haish....dolu2...selalu dok dengar orang sekeliling jer cerita2 perihal sakit nie....dengar pengalaman anak2 orang lain jer....tup2...anak sendiri diuji kena disease nie plak. uwaaaaaaaaaaaa.....

Actly....Affan setat demam pada 8 January 2014, Rabu tue. Aku sebagai ibu...nampak and rasa sikit perubahan yg lain pada anak2...mmg peka sangat. Semua ibu begitu ba kan??? Tapi...aku anggap badan dia rasa suam2 itu disebabkan letih dan kurang rehat. Al - maklum la...Bulan pertama masuk sekolah...takut tak terbiasa environment sekolah. Itu yg difikiran aku. 

So, 9 January..Khamis tue...tetap pegi sekolah seperti biasa. Tapi...ada sedikit perubahan yang ketara. Dia suka merengek2...dan tak mo dekat dengan org lain termasuk papanya. Semeng nak dengan aku jer. pelik mmg pelik..tapi..aku ignore jer...difikiran aku....mana tau Affan macam tue disebabkan adik dia Adeed dah dok sama dengan kami diMiri. So, maybe dulu Affan biasa sorang2 jer...sekarang dah ada adik dia diumah..mungkin dia tak nak berbagi kasih sayang aku la....alahaiiiiii...macam2 plak andaian mama dia nih!! DUSHH...DUSHH!!

Pada 10 Januari, Jumaat tue.....Affan tetap pegi sekolah mcm biasa. Sepanjang perjalanan menghantar dia ke sekolah...dia asyik nangis...dan lemau jer. Tapi...suhu badan dia normal masa tue. So, aku decided antar dia ke sekolah jugak la...

But....pada..petang Jumaat tue...sewaktu aku and hubby jemput dia balik ke sekolah....keadaan dia lemah...badan dia panas sedikit...dia menangis...dalam keta pun still sama. Dia cakap dalam mulut dia sakit..bekal yang aku sediakan untuk dia ke sekolah...pun dia tak habiskan. Aik...Affan demam ka?? terdetik dalam atiku....(rasa jantung aku setat berdebar n gemuruh semacam..tapi..aku buat2 cover depan hubby..takut aku plak yg mengalir airmata tak semena2nya)

Dalam keta juga...aku dah terperasan bintik2 merah dilengan dia...dekat muka dia ada sikit...part kaki n lutut dia byk...terus aku belek2..tapak tangan dan tapak kaki nya...oh....bintik2 merah tue ADA!!!

Berlegar2 beberapa persoalan...sakit apa yg menyerang anakku Affan nie??? ada dua sakit yang aku dapat teka masa tue....HFMD or DENGGI. oh...NO.....!!! 

Jiwa aku bagai melayang....nebes...berpeluh satu tangan..kecut perut tgk keadaan Affan serta bintik2 merah tue...

Sampai dirumah....Affan terus baring diruang tamu....sepanjang ptg hingga malam dia tak AKTIF...dia tak kerap menyusu...keadaannya lemah jer....aku tak berenggang dengan Affan. Masak2 di dapur pun hati tak lepas memikirkan keadaan Affan time tue.

Lepas semua tanggungjawab selesai didapur..aku terus bergegas melihat keadaan Affan. Check suhu Affan guna temperature....37+. Ok lagi...cuma keadaannya lemah...tak mo menyusu....Kesian...

Oleh kerana...perasaan bimbang semakin kuat....tambah2 lagi esok hari...Sabtu...and hubby, Adeed and nek anjang pun esok akan balik ke kpg. Ada sedikit urusan yang harus diselesaikan di kampung. So, kena balik gak...That's why mlm tue gak terus aku decide ajak hubbyku bawak Affan ke emergency, GH.

Tak silap aku..jam ketika itu...11pm. Sampai ER, GH...tak sampai 30 minit giliran Affan. Syukur masa tue..tak lama sangat kami menunggu. Jumpa medic....then..turn jumpa Doc plak.

Semasa doc check Affan..syukur semengku tak banyak kerenah. OK...jer..tak la mcm dulu...meraung2. Good boy anak mama nih.

Selesai pemeriksaaan...doc terus tanya kami...."korang penah dengar ker sakit KAKI, TANGAN DAN MULUT???" kami angguk perlahan2. Then, Doc jawap...ha ~ ini lah sakit dia.

Oh...my....ketika doc jawap mcm tue...jiwa aku rasa melayang. perut kecut...kaki mcm tak berpijak dilantai....aku lemah...lemah....lemah....

Then....doc explain lagi...SAKIT NIE TAKDE UBAT OR VAKSIN nya buat ketika ini. Cara nak sembuh harus minum air byk. Jika demam...cuma paracetamol or PANADOL akan diberi utk meredakan demam. Then....ulser akan tumbuh disekitar mulutnya.... Dan ini akan membuatkan anak2 sukar nak minum or menyusu. Ada gel diberi untuk disapukan pada ulser2 nie. Ini pun untuk mengurangkan rasa sakit saja.

But..before balik tue...doc yang merawat Affan advise (dengan nada tegas). Dia cakap....bawa balik anak puan JIKA....korang temui tanda2 mcm nie: -

1. Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
2. Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
3. Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
4. Kesakitan pada mulut semakin teruk.
5. Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.


Tambah doc lagi...jika lambat bertindak...BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ya Allah, Berderau hati dan jiwaku sebaik doc explain mcm tue. uwaaaaaaaaaaaaaaa
Ku gagahi jua hatiku ini. Buat2 tabah depan hubby. Takut mengalir airmata nanti....sob..sob...

Lepas...check...ambil ubat...kami balik ke umah. Dalam keta..sempat hubby cakap kat aku...kita REDHA DAN TAWAKAL jer. Haish...ketika hubby cakap mcm tue...lemah jantungku. Aku kena kuat jugak. Kuat menghadapi ujian Allah swt.

Sampai umah....Affan dah tido..Tapi..agak sukar juga dia nak lelapkan mata. Sepanjang malam tue..aku berjaga 24 jam...bagi memastikan Affan ok. Tido2 ayam la aku masa tue...sob...sob....

Untuk menghiburkan mataku..sukar tido...aku gugel la apa2 entry berkaitan sakit nie. Rupa2 nya sakit nie paling tinggi kesnya di Sarawak. Tak silap aku...ada aku baca dari salah satu artikel....wabak nie aktif menyerang sekitar January hingga Jun/Julai gittew.

Ini yang aku dapat tentang WABAK VIRUS nie. Aku share utk pengetahuan semua. Berjaga lebih baik. Dulu2...aku dlm kategori yang penah dengar jer ttg perihal wabak ini. Now....aku menghadapinya. Semoga aku terus tabah dan kuat.

INFO: -

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

Pengenalan:
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Penyebab:
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak:
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM:
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
 
Tanda-Tanda Dan Gejala

Di antara gejala jangkitan ialah:


  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
  • Hilang selera makan

Komplikasi
  • Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
  • Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
  • Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.



INI LAH KEADAAN semengku...

Dulu2..penah dgr anak2 org lain yg kena....bak kata orang, BERAT MATA MEMANDANG...BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.

***MOHON DIJAUHKAN DARI PENYAKIT BERJANGKIT SEPERTI INI SERTA PENYAKIT2 MERBAHAYA YANG LAIN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Bintik2 merah & ulser nie tumbuh pada HARI KE -  4 (11 January 2014)..sebab hari ke 3 tue....dia demam. Badan nya panas sedikit....keadaan lemah2...dan tak aktif


ulser nie..pagi selepas affan bekpes pada pagi hari ke-4 (Sabtu) Ignore jer lidah dia yang kotor akibat coco crunches. tue jer yang dia nak mkn.

bintik2 pada tapak kali

pada celah paha....sedih plak tgk...sob..sob..

pada punggung

tapak tangan

kat tangan dan celah2 jari

sekitar area lutut paling byk. sama byk mcm kat dalam mulut gak

celah paha...geli plak tgk sakit nie. kalau orang dewasa mcm kita yang kena..aku rasa kita tak sekuat dan setabah kanak2 kecik. PERCAYALAH!!


INI PLAK keadaan bintik2 merah & ulser tue pada HARI KE 5 (12 January 2014):-


sekitar celah paha...dah kering sedikit

lutut..kering jugak...

ulser dalam mulut...MASIH GALAK ULSER DALAM MULUT Affan. 
Kalau nak ditanya perasaan tgk keadaan Affan ketika itu.....haishhh..tak dapat diukir melalui KATA2. SOB...SOB.... kalau mama kena ULSER sebanyak itu SAYANG....mungkin mama tak SEKUAT DAN SETABAH Affan. Tapi...mengikut pantauan aku...Affan mmg TABAH dan KUAT! Wpun ulser byk dlm mulut dia..dia tetap USAHA utk MINUM DAN MKN.

korang tgk tak yellow circle and anak panah tue..ULSER pada lidah Affan. yang nie paling sakit ku tgk. aku tgk jer dah sakit...tgk keadaan Affan berusaha nak nenen, minum or mkn. Bertabah la anak mama...sob...sob...

bintik2 merah ditapak tangan

sepanjang sakit HFMD...dia suka merengek..dan manja kat aku sorang jer.

bila part tdo la...paling sayu atiku.....

kat kaki plak...

ulser bawah lidah.....sob...sob

HARI KE - 6 (13 January 2014) plak...keadaan beransur pulih...cuma...keadaan Affan masih tak seberapa aktif, masih merengek...

bintik2 merah dan ulser dah kecut..cuma ulser dkt lidah tue..masih membuatkan semengku sukar nak menyusu.....sob..sob..

DAN pada 14 January 2014 serta minggu2 seterusnya....hingga hari nie...ulser dah OK...cuma bekas bintik2 merah tue masih. Uwaaaaaaaaaaa...tak santik plak kulit badan anak mama. Harap2 tak la berbekas nanti. sob...sob.... Tapi..yang penting...AFFAN dah kuat menyusu...makan, minum, mam eskrim pun dah suka...dan yg mama & seluruh family RINDU adalah...GELAK KETAWA & KENAKALAN Affan. MUahhhhhh.....peluk anak mama erat2....sayang Affan & Adeed.

kat tapak kaki..dah kering

tak cantik dah kulit halus mulut semengku...sob..sob...dan masih berbekas hingga ke hari ini.

kering..tapi masih berbekas


kat dalam mulut..ULSER DAH KERING...syukur alhamdulillah. UTK PENGETAHUAN SEMUA..ULSER NIE SEMBUH LEBIH KURANG PADA HARI KE 5 - 6. Sapa ibu2 yg menghadapi anak2 terkena disease nie...BERTABAH La ok. Saya dulu tak sabar nak tunggu ULSER tue hilang/sembuh. Makin kerap minum air...cepat la baik. Pujuk anak2 minum guna straw.

ulser kat atas lidah dah beransur pulih pada hari ke 5 - 6 gitu

bintik2 merah celah paha pun dah kering gak

celah paha

sangat tak cantik bila bintik2 merah mengering. dan lambat nak tanggal. grrrrrr..........


Aku membeli apa2 jak yang boleh menyembuhkan sakit nie...(mode geram....grrrr). SYUH...SYUHH...pegi jauh2 PENYAKIT. SEMBUHKAN ANAK2KU....

aku beli jer apa2 yang boleh menggalakkan affan utk minum. yang peliknya..semasa sihat...eskrim la yang affan paling suka. bila kena sakit nie..tgk eskrim pun BENCI. PELIK DAN GANJIL SAKIT NIE. Apa yang aku perhatikan....bila terkena VIRUS nie....APA YANG DULU ANAK2 SUKA...JADI TAK SUKA PLAK. BUKAN jer pada mkn/minuman...tapi pada manusia yang dia suka. Macam Affan....semasa sakit yang dia mau cuma aku. papa, nenek dan adik bradik ku dan ipar ku dia tak suka. siap baling2...n marah2 mereka. BETUL2 PELIK!

HAH ~ ambik kau!! Sepanjang minggu kuarantin..umah aku berbau detol. sampai tapak kaki aku plak haus akibat terkena air detol utk mengemop. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

5's with detol! TIMA KASIH DETOL....mahal nyer rega kau DETOL. sob...sob...


INI keadaan Affan setelah hampir seminggu bertarung dengan virus HFMD. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Rabbi...terima kasih suamiku, terima kasih familyku...terima buat dear NURIN FARZANA DUBLIN coz sudi share experience...sudi bagi tips..sudi bagi rahsia..hik3....rahsia cuti...(hik3)

Thanks buat BFF ku (geng2 whatsappsku umah apek)

Thanks buat korang semua......thanks sbb wishes saya sentiasa dalam keadaan selamat. Sowi...sbb...time Affan kena sakit nie..saya tak mention kat dlm fb. sbb sakit nie sakit berjangkit..saya tak suka share sakit2 berjangkit nie....selagi anak saya belum sembuh.

my semeng dah kembali membaham nasi, eksrim, keropok...kembali SEMENGGGGGG!!!

Adeed..juga hampir kena disease nie...tgk kat tapak kaki dia...ulser pun ada. tapi...cuma satu yg tumbuh dlm mulut...coz masa Affan demam akibat this disease...Adeed, papa n nek anjang balit kpg. Syukur...tak la berterusan berjangkit.


Taraaaaaaaaaaaaaaa~~ INI LAH SURAT YG AKU TERIMA DARI KKM. Syukur alhamdulillah...kerana keprihatinan Kementerian Kesihatan terhadap penyakit berjangkit nie...dapat la para2 ibu yg bekerja mcm aku nie..dapat cuti FREE jaga anak yg tgh sakit. Wpun surat nie..lambat sedikit dari date Affan kena detect HFMD...at least...aku dapat merasa BERCUTI sambil pantau anak2.

Ketika received letter nie...Affan dan hampir sembuh sepenuhnya. Demam Affan lebih kurang 3 hari jer. tapi..utk sembuh sepenuhnya...kena dalam 7 - 14 hari. Ulser tue yang paling lambat sembuh. So, part yang tue kena byk2 bersabar. huhuhuhu


ini surat utk company/majikan utk para ibu2 yg bekerja jer yer.... CUTI FREE 14 DAYS tue....heh :p

surat buat taska/sekolah

So, itu la yang PERISTIWA CUTI 14 HARI tue. Apa2 pun aku sentiasa mendoakan semoga anak2 kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt.

Mereka adalah jantung hati kita. Anak2 lah SEPARUH DARI NAFASKU.


9 comments:

Mimy Hamid said...

Ya Allah...berderau baca tgk pic..dah sembuh ye affan..min u pun take tau...baru i tau ada cuti 14 hari sebab ni ok dah tau..leh la i sharing

yasmin nana said...

Thanks dear Mimy. Tima kasih byk2. rindu pada mimy & fayel. semoga anak2 kita sentiasa d lindungiNya. Dear Mimy..klu anak2 kenak virus nie...bawak terus ke spital. sbb dia org akan masukkan dlm rekod mereka. then..sehari slps itu akan d kluarkan surat kuarantin utk anak2 yg kena. then...kita (ibu) harus mintak juga surat kuarantin tue..wpun ada org yg jaga anak2 kita d umah. kita2 ibu harus pantau juga. rumah,,,toys kena cuci2...semua tue kita perlukan cuti..dan rehat secukupnya.


rasa2 tue jer yg penting nak min share. sbb kbykkan ada ibu2 yg kerja mcm kita nie..tak tau ada cuti kuarantin jg. tue yg sayang tak guna kemudahan yg d sediakan. klu kita tak kasi tau...mereka KKM pun tak bagi surat tue.

Anonymous said...

Alhamdulillah semua nya selamat

nadyrah said...

Salam, McM mana cara nak dpt kan surat ni.

Arinie Ghazali said...

Bahayanya penyakit ni. Nauzubillah

yasmin nana said...

Mohon kita dan anak2 d beri kesihatan dan d jauhkan dari musibah serta malapetaka. Amin ya rabbal alamin

Anonymous said...

Hi sis. Thanks for sharing your experience. Byk yg saya belajar kat post ni tntg hmfd sbb anak saya pagi td doc detect hmfd. Cuma saya nk tnya mcm mana nk apply cuti dari kkm tu eh? Sbb pgi td hosp cuma keluarkan memo shj utk saya.

Nurul Shahliza said...

Salam nak tanya...anak sy skrg sedang mengalami sakit ni...cara pemakanan nye macam mana ye?apa yg dia blh mkn n apa yg dia x blh makan?

yasmin nana said...

sowi...sapa yg bertanya pasal sakit HFMD...sowi3x..sis lama betul tak jenguk blog. active fb. tue pasal la..jawapan utk soalan cuti tue...mmg nanti ada pihak kesihatan jumpa parent or family yg terkena sakit nie...and pasal pemakanan plak...makan semua jer..asal anak2 dpt terima n telan mknn tue.