Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Thursday, February 28, 2013

MYY - PUSA (BETONG) - KCH, PART 1

huarghhhhhhhhhhhh........

URM....sound mcm baru bangun tdo gi tuh. padahal still kat opis lagi. working hours plak tuh. hehehehe...

Actly...tue sound belog haku baru bangkit dr tdo. hik3x...

So, kali nie nak story mory pasal plan balik ke kpg 17 february 2013 ari tue. Waiseh....entry dah basi yer. hehehhe...

Plan nak balik tue hubby aku yg plan. Dia nak balik before dia nak ke KL on 24 february utk attend course. 1 week gitu. Then, after 1 week course. Dia and bala2 bos dia pegi ke Lumut Perak. Involve dlm fabrication projek. Til complete the projek..baru la dia balik ke Bintulu mcm biasa. huhuhu....sedih nya kami anak branak. huhuhuhu.....apa boleh buat...dah Allah swt tentukan rezeki kami mcm tue. Redha jer la.....

So, aku susun pic sepanjang perjalanan kami dr Miri ke Kpg. Ikut kronologi la ye dak.....hehhehe


4.30am - aku dah bgn. masak nasi, masak lauk pauk yg nak d bekalkan. untuk santapan raja makan nanti. tak la asyik mencari mknn jer. huhuhu(sapa tueee? erkk ;p)
5.30am - kejutkan hubby. solat & mandi.
6.00am - aku plak mandi lepas semua brg2 dah siap. mandikan Affan. budak tue dah bgn time nih.
8.00am - kira2 jam nih....kami dah nak bertolak.

masa nie...masih area miri. bubai MIRI. Doakan kami selamat sampai ke kpg yer. nak jengguk adik Adeed. ^_^

kami slumber jer.....si kecik pakai hood tue...pantang tgk camera. give 5 tue actly peace. dia lum tau nak buat peace sign. huhuu.....
seyes nya wajah kesayangku incik suami. ;p

mama nya yg juga manusia pantang tgk camera. disebabkan busan punya mode.....snap..click..snap...click...sampai mata jadi juling. hahahhahha

muaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh...semua kengkawan kami.
SAPA LEBIH MONCONG mulutnya?????
AFFAN VS MAMA

tgh....merondeng mama......mama tak kesah....

time nie....kami singgah d simpang Niah/Sepupok. membuang apa yg memCAIR dlm badan. hahhahaha.... Affan time nie lum tdo lagi. tak mcm dia kecik2 dulu. sikit2 tdo....skrg...tdo sikit2. huhuhu...ponat juga melayan karenah dia. almaklum.....aku tau dia mabok perjlnn juga. huhuhuhu....

merondeng mama lagi......ntah.....mama tak kesah ;p

Ta - raaaaaaaaaaaaaaaaa.........patut la...karenah byk sgt. Nak tdo rupanya.....



Selepas dr perjlnn singgah sebentar d Simpang Niah/Sepupok...aku dah tak larat dah nak mposing diri, mposing Affan and keadaan sekeliling.......mabok juga. huhuuhuuhu....

Hujan sepanjang kami balik ari tue. takde mood plak nak pose sana sini. sejuk bagai. aircond keta sejuk giler. nak tdo....pun tak dpt. coz...bahaya jugak nak biarkan hubby sorang2 memandu. 12 jam tueeeeeeeeeeeee......huhuhuhu

jam 7.00pm - kami selamat sampai. kat kpg....penuh dengan lopak2 air. banjir kecil la gamaknya. Omaigot....basah lencun kami. huhuhuhu.....

Sampai jer kat umah kami bermain dengan Adeed sepuas2 hati kami. hehehhe...mlm tue kami tdo berempat. seronok juga aku melayan bebudak nih. Affan suka carik gaduh. tak bleh aku memanjakan Adeed. pasti dia bikin karenah. Sabar la sayang.....Adeed kan kah adik Affan. Kena trima la awak tue bukan anak tunggal. huhuhuhu.....


Adeed with Papa.
Adeed suka kawan with Papa.

my boy
LOVE you sayang Adeed. Tomey2 ^_^

Mata kesayangan Adeed.
Nie gaya mata yg Adeed suka buat. klu disuruh buat mata lanjik (mata gatal)..dia akan buat cam ginie. hehhehe....

Nie gaya hero2 kami time titun. Aku la yg punya bantal kat tgh2 mereka berdua nih.
Klu dikasi dekat alamatnya tak tdo mereka berdua nie. Asyik bercakaran...tak pun klu sorang dah tdo..sorang lagi ajak nak main.
Adeed jam 4.30am - dah bgn. tak nak tdo2 lagi. mengintai2 abang Affan dia kat celah2 bdn haku. Ingatkan tak tdo lagi Adeed nih...jam 6.00am dia bulih sambung tdo balik. huhuhu.....payah kami menunggu dia terjaga coz..kami semua jam 5.30am dh bgn. Nak siap2 ke Kuching plak. heeeeeeee

So, gitu ler kronologi sepanjang perjlnn kami dari Miri ke Kampung. Keadaan tak semua saya dpt share kan dlm belog. Almaklum la.....ada masa tertdo, termabuk, terbz melayan karenah anak2. heeeeeeeeee....

Next part...to be continue.




Wednesday, February 13, 2013

Kesinambungan sakit Affan....

Hye semua...

Diharap sihat & bahagia bersama2 orang yg kita sayangi.

Today nak story mory pasal sakit apa yang menyerang ari tue.

Kronologi peristiwa: -

02.02.2013 (Saturday)

5.45: - aku tak lena tdo. Bgn awal ari tue

6.00: - Diikuti oleh Affan.

6.15: - ON tv, Wash baju2, cuci umah mcm biasa.

6.30: - Affan main kereta.....

7.25am: - Affan didapati tidak bermaya. Bermula la kisah yg amat seram aku nak ingat balik. Selesai jer haku cuci pinggan. pergi ke ruang tamu...tgk2 Affan dah lemah. Aku panggil2 nama dia...No respon. aku terus PANIC. aku dukung Affan. Goncang2 bdn dia...tepuk2 blkg dia...panggil2 nama dia....also no respon. Wajah dia pucat kebiruan. Nampak mcm sukar bernafas. Ketika itu....prasaan aku hanya Allah swt jer yg tahu. Terasa kaki mcm tak berpijak d lantai. Bergegar seluruh tubuhku. Airmata dah mencurah2. Mcm2 dah aku fikir. 

APA YG DAH TERJADI PADA ANAK AKU, AFFAN???

7.25 - 7.50: - pecut keta...terketar2. mataku asyik memandang cermin. nak tgk condition Affan yg aku baringkan d seat belakang. oh, kira2 5 minit perjln Affan dah bagi feedback yg OK. cuma masih lemah. Airmataku terus mengalir. Bibirku tak henti berzikir.

7.50am: - Arrived E.R, GH

8.00am: - Masuk bilik, Medic check sana sini. Affan termuntah2. Nangis takut.

8.45am: - Jumpa doctor.....ambik report sana sini.

9.00am: - admitted ward. Bermula la kisah Affan diward. ambik suhu, check jantung, x - ray (itu pun aku yg mintak. takut ada jangkitan pd paru2)

10.00am: - Doc review...x - ray OK. syukur alhamdulillah. cuma doc, suruh pantau. takut pengsan.

12.00pm: - Affan tertdo keletihan sampai jam 2.00pm

Hari2 diward..amat menyeramkan. sana sini bebudak sakit. ada yg kritikal..ada yg tahap ok. tapi....mcm2 kita tengok. Insaf. Meleleh jer airmata. Sedih. Ibu2 yg jaga anak diward mmg ibu2 yg tabah mhadapi ujian Allah swt.

11.00pm: - Ibu & bapa mertua ku datang dr kpg. Hubby ku emergency balik. Syukur kami tidak bersendirian menghadapi ujian Allah swt. Terima kasih pdMu Ya Rabbi kerana memberi sedikit kekuatan untuk aku mhadapinya.

12.00am: - Affan tertdo....aku pun hampir terlelap.....badan terasa sgt letih. Otak terasa sangat berat..berat..berat.........STRESS sesangat. Diharap orang2 disekelilingku jgn menambahkan rasa beban dibahu dan diakal fikiranku. TOLONG LA PAHAM.....tisk...tiskkk

12.15am: - aku tetiba bertemu dengan sahabat lamaku. oh, rupa2 nya dia nurse di GH. Ward kanak2. tapi..bukan ditempatkan diward anak haku Affan. sekejap2 kami berborak senda. almaklum ler....nurse2 yg tgh bkerja tak bleh nak lepak2 gittew. so, terpaksa curik2 hayam. huhuhuhu. kurang sikit rasa sedih dlm hati...kurang sikit stress yg aku pikul. syukur. Terima kasih my fren Halina Ashari. Miss you fren. tak henti you msg i yer....*wink*

aku tak hengat jam bape mata aku nie layu...dan terus tdo sampai tak hengat dunia. OH, sungguh letih segala2nya..... syukur semangat aku masih kuat.

03.02.2013 (Sunday)

Keesokkkan paginya: -

5.30am: - aku dah bgn. Lapar.....curik2 pegi kedai...lum bukak lagi. Affan time nie masih lena diulit mimpi.

6.30am: - aku curik2 pegi kedai lagi. Syukur la kedai tak jauh. dlm 2,3 minit gittew. beli apa yg patut.

7.30am: - Affan dah bangun. Today, suhu bdn dia dah OK. So, mmg aku expect yg Affan ari nie mmg dah boleh discharged. Kompiden hokey.....huhuhuhu

8.30am: - ibu, akak aku n my niece pegi melawat kami berdua.

10.00am: -pak nek, mak nek & papa nya pegi melawat.

11.30am: - doc2 review lagi. mcm2 laporan yg dibuat. hebat betul para2 doc nie klu buat laporan. almaklum la..lum ada pengalaman. masih sekadar membaca buku nota. ramai doc pelatih time tue. selamat sukses ya doc2. huhuhuhu.....

12.00pm: - doc (bukan doc pelatih) dah bg kebenaran utk kami balik. Betul kan aku cakap??? Affan dah bleh discharged. cuma doc suruh aku pantau. klu pengsan lagi...maybe affan terkena sawan. mo meroyan kami bila doc cakap cam gitu. juz check suhu....dah bleh bg laporan mcm gittew. tisk..tisk..

*INI LA doc yg masih berlandaskan buku nota. klu PENGALAMAN mungkin tidak begini laporannya.

2.00pm: - kami berdua balik. sampai je umah...Affan tdo..hingga jam 5.30pm. Tired agaknya....almaklum la..keadaan di ward tidak berapa selesa. Sabar la anak aku..demi nak sihat.

5.30 - 9.00pm: - segalanya berjln dengan baik. wpun keadaan Affan masih mencurigakan. aku berdoa dan terus berdoa. Bila jiwa n otakku teringat akan kisah Affan hampir pengsan ari tue......mesti aku TRAUMA!........mengalir airmata....tisk...tisk....

* Ya Allah, Ya Tuhanku...Mohon Engkau Melindungi anak - anak kami. Jauhkan mereka dari segala penyakit, musibah dan malapetaka. Panjangkan umur mereka. Amin. Ya Rabbal Alamin.

04.02.2013 (Isnin): -

5.30am: - aku masih mohon cuti lagi. Nak pantau keadaan Affan. Biar betul2 pulih and aku dah tau dia sakit apa. Pagi itu suhu bdn dia naik. Demam. Sekali lagi...aku nangis. Perasaan sedih n risau tak dpt dibendung lagi. Ya Allah, Selamatkan anakku Affan.

9.00am: - kami tekad nak bawak Affan pegi jumpa doctor pakar kat private klinik. Kami pilih MCMC. Dulu time ada problem preggykan Affan disana la tempat aku berubat n bertapa. huhuhuhu

10.00am: - klinik penuh. kami di minta datang semula setelah register. So, sementara menunggu giliran..kami jejalan dulu. ronda2 bandar Miri. Ketika itu suhu bdn Affan berkurangan.

11.00am: - pegi hantar Affan ke salon. Mencukur rambutnya. Bak kata ibu mertuaku...mana tau..penyakit bleh sembuh...kita nazarkan membotakkan rambut Affan. Chomeyy sungguh Affan dah botak. heeeeeee.....

12.00pm: - After mkn..kami terus ke klinik MCMC

Setelah 5 - 10 minit menunggu..giliran Affan pun tiba. Masa nie Affan dah tdo. Time tue la...Doc senang nak check Affan. Hidung, Telinga doc teropong. Kepala, kaki pendek kata seluruh bdn Affan di periksa.....setelah di analisiskan..............................RUPA2nya anak haku Affan kena JANGKITAN RESDUNG!! Dalam bahasa omputihnya.....SINUS INFECTION.

so, setelah diexplain...ambik ubat....kami pun beredar. Perasaan haku lega sedikit. tidak byk..tapi sedikit. sekurang2nya dpt mengurangkan STRESS yg aku alami. bila aku try to recall balik apa yg berlaku...baru aku related ngan segala explaination doc pakar td keatas simptom yg ada pada Affan. Ada BENAR nya.

Doc cakap...why Affan pengsan? Sbb..mucus/lendir dah menyelaputi seluruh ruang ENT nya. so, tt why Affan ada tanda2 sukar bernafas, sakit kepala (terasa berat) dan sukar mendengar. Rasa mcm pekak, berdengung dan pressure. Cian anak mama.

4.00pm: - ibu, bapa mertua ke kpg. hubby aku juga balik. tak dpt lama. coz cuti emergency. Tinggal la kami berdua di umah. Meneruskan hari2 yg mendatang dengan penuh rasa "risau", "takut", mood bercampur2. ada dah mcm rojak plak. huhuhuhu. Tapi..aku percaya...Allah swt sentiasa bersama2 kami. InshaaAllah.

Setelah aku dapat tau sakit Affan terus la aku dengan rajinnya mengugel dan ini fakta penuh tentang sakit ini: -

TODDLER SINUS INFECTION SYMPTOMS

Sinusitis is a condition where the nasal passages (sinuses) become inflamed and swollen. The Mayo Clinic explains that this interferes with normal mucus drainage. Sinusitis is a common problem in children, says Dr. Alan Greene, pediatrician. A diagnosis of sinusitis is often referring to bacterial infection of the sinuses, even though every cold is actually a case of viral sinusitis. Symptoms of this problem in toddlers are sometimes hard to distinguish between normal cold or other respiratory ailments.

Drainage

Drainage of mucus can occur for numerous reasons including sinusitis, the common cold and allergies. A sinus infection can occur as a result of allergies or a persistent cold. Mucus drainage from the nose that is thick, yellow or green is often due to a sinus infection, suggests BabyCenter.com. Drainage down the back of the throat can cause a cough that gets worse at night. Dr. Greene points out that coughing and mucus secretions that last 10 days or more are the result of more than the common cold.

Pain

Sinus pressure from congestion can lead to pain, tenderness and swelling. The location of the discomfort can include the eye area, cheeks, nose and the forehead. The Mayo Clinic says the upper jaw, teeth and ears may ache. Dr. Greene says headaches and facial tenderness make diagnosing sinusitis easier in adults and adolescents but these symptoms are not as common in younger children. Throat soreness is common with a sinus infection. About half of all toddlers have an ear infection along with the sinus infection.

Difficulty Breathing
Breathing through the congestion can be difficult. A toddler may breathe loudly or have labored breathing. Sometimes the nostrils may flare with each breath as she tries to inhale through her nose. Breathing through the mouth may be a toddler's only way to cope with the sinus blockage.

Other Symptoms
As a result of the many symptoms, sinusitis can cause a toddler to be more irritable, tired or have trouble sleeping, become uninterested in playing or have a diminished appetite. A toddler may have bad breath or a fever from the infection. Other signs of sinusitis include irritability and even nausea, says the Mayo Clinic. Toddlers may have dark rings under and around the eyes from the sinus infection. In addition to darkness, the facial tissues may appear swollen or puffy.









Versi bahasa Melayu plak: -


***Bahaya penyakit resdung jika diabaikan

APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Tanda/Simptom
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus


GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya


KEMUDARATAN RESDUNG(SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.

Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.


KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


*Setelah di gugel....simptom yg dialami oleh Affan mcm ada terdapat pada penyakit ini plak. Tapi...doc pakar tak cakap sakit ini. Rupa2nya...Allergic rhinitis ada related dengan jangkitan Resdung juga. Cuma ada beza sedikit. Bila dah tahap teruk....doc tak cakap sakit itu allergic....dah dikira resdung. OH, TRAUMA nya haku. tisk..tisk...


ALLERGIC RHINITIS: -

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering selesema pada waktu pagi dan ‘sembuh’ apabila tengah hari. Mereka menjadi sihat dan aktif seperti biasa. Kadangkala hidung berasa tersumbat dan apabila diperiksa, didapati sama ada banyak hingus di dalam rongga hidung atau tisu dikenali sebagai ‘inferior turbinate’ bengkak. 







Gejala rhinitis adalah masalah radang pada laluan pernafasan yang lazimnya dikaitkan dengan hingus selain kegatalan hidung dan mata. Ia sangat biasa dialami kita tetapi tidak begitu dipedulikan kerana tahap ketahanan badan individu yang berbeza,” katanya. Jelas Dr Ramiza lagi, bagi individu yang memiliki ketahanan tubuh yang tinggi, gejala rhinitis tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, sesetengah orang terganggu dengan gejala rhinitis menyebabkan fungsi hidung terganggu. Di kalangan kanak-kanak pula, apabila hidung tersumbat mereka akan bernafas melalui mulut. Ia menyebabkan air liur yang mengandungi enzim menjadi kering.

“Gejala rhinitis di kalangan kanak-kanak mudah dikesan. Kanak-kanak mengalaminya kerap demam dan menggaru hidungnya. Malah, hidungnya kerap tersumbat, berhingus, bersin dan jika tidur pada waktu malam dia kerap berdengkur,” katanya. Dr Ramiza berkata, kanak-kanak yang mengalami gejala rhinitis juga selalunya gagal tidur dengan nyenyak dan letih keesokan harinya.

Secara amnya, PUNCA alahan membabitkan: 


asap, terutama asap rokok 


habuk, termasuk yang terperangkap pada mainan berbulu dan permaidani 


* bulu haiwan peliharaan 


* debunga (sejak aku jadi pekebun munge nih..aku prasan sejak itu Affan terkena alahan ini)


* wangian  (rumah kami ada 2 spray wangian bilik yg baru2 nih tlh diinstall. mungkin kah ini penyebab nya???)

Tanda-tanda dan gejala


1. Penghasilan mukus (lendir).
2. Gatal-gatal di: -Tekak,Hidung,Mulut,Mata,Kulit,
3. Batuk.
4. Sakit kepala.
5. Hidung berair/Bersin.
6. Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan


Rawatan untuk allergic rhinitis ialah menggunakan semburan hidung untuk membersihkan rongga hidung serta semburan mengandungi ubat untuk mengurangkan bengkak pada ‘inferior turbinate’. Di samping itu, ubat ‘antihistamine’ juga mungkin diberikan. Adalah penting untuk mengenal pasti dan mengelak punca alahan. 


Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik. Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana. Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:


1. Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah.

2. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.

3. Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

4. Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.

5. Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.

6. Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.

7. Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Justeru, katanya, langkah untuk mengelak gejala rhinitis bermula dengan memastikan anak anda tidur di atas katil“Tidur di atas lantai menyebabkan dia mudah terhidu habuk. Malah, pastikan pendingin hawa tidak dipasang dan elakkan juga mengambil makanan ringan. Pada masa sama, pastikan anak-anak mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan,” katanya.

Dr Ramiza juga mengingatkan ibu bapa tidak memandang remeh masalah itu kerana tanpa rawatan, alahan rhinitis mungkin boleh menjadi masalah yang lebih teruk seperti sinusitis, ketumbuhan atau polip dalam rongga hidung selain sakit kepala di bahagian depan serta muka.

*Info Rhinitis di kalangan kanak-kanak

Faktor risiko:
1. Keturunan
Alahan cenderung diwarisi daripada keluarga. Seperti juga lelah dan ekzema, gejala rhinitis juga diwarisi daripada keluarga.
2. Persekitaran. 
Ada kala gejala rhinitis berlaku sebagai respon kepada persekitaran. Terdedah kepada alergen (pencetus alahan) seperti debunga atau habuk tidak kiralah di dalam atau di luar rumah menyebabkan mereka mudah diserang gejala rhinitis.
3. Menyusu badan. Penyusuan eksklusif untuk empat bulan pertama kehidupan bayi dipercayai mengurangkan risiko alahan.

Rawatan: -
1. Menjauhkan alahan atau sumber alahan
2. Pemberian ubat-ubatan
3. Pengambilan air yang cukup selain mengehadkan penggunaan pendingin hawa. Ini kerana suhu yang sejuk dan kering juga menyebabkan hidung juga kekeringan.


What Is the Difference Between Rhinitis and Sinusitis?

There are several differences between rhinitis and sinusitis. The major difference involves the pathology of these conditions. Rhinitis is not a disease or illness in itself, but it is blanket term for symptoms involving the nose, eyes, and throat. This may be due to seasonal allergies or the common cold. Sinusitis, commonly called a sinus infection, is an ailment that causes pain and pressure in the sinuses, typically caused by bacterial infection.

It is possible to suffer from rhinitis and sinusitis simultaneously, as one set of symptoms may coincide with the other. For instance, rhinitis refers to symptoms such as a stuffy or runny nose, watery eyes, and scratchy throat. These symptoms may be present with a sinus infection as well.

A respiratory infection such as the common cold or influenza can cause rhinitis symptoms and result in a secondary infection such as bronchitis or sinusitis. A cold that lingers for a long time may cause extreme nasal congestion and swollen nasal passages. Over days or weeks, swollen nasal passages that are unable to drain properly may allow pathogens to thrive. Mucus can become a prime breeding ground for bacteria and subsequently cause a sinus infection.

Although often caused by bacterial infection, sinusitis may also be present without infection. Allergic sinusitis causes swelling and inflammation, primarily in the sinus cavities. This leads to pressure and pain in the sinus region, which may be acute or chronic.

Sinusitis sufferers may feel pressure above the eyes or below the eye sockets. Pressure and pain may also be felt all around the orbital sockets and the bridge of the nose. The major difference between rhinitis and sinusitis is that rhinitis alone will not produce pain and pressure in the sinus cavities.

Individuals with sinusitis need to reduce swollen sinus passages and allow proper drainage. This may be done with the use of an oral decongestant or other methods. Steam therapy is helpful to many patients with sinusitis. 

In some severe cases of chronic sinusitis, surgery may be required. Required surgery is one major difference between rhinitis and sinusitis. Surgery for sinusitis may be done on an out-patient basis and involve a procedure known as a sinoscopy. This endoscopic sinus procedure helps to unclog blocked maxillary and frontal sinus passages, allowing freer breathing. This minimally invasive procedure does not cut into bone or surrounding sinus tissue.
Surgery is a major differentiating factor between rhinitis and sinusitis. This is because rhinitis symptoms will never need endoscopic surgery unless sinusitis is a cause. Rhinitis symptoms will typically disappear on its own, without permanent or lasting complications.

So, kesimpulan terhadap kes Affan nie: -

Doctor pakar kanak - kanak bagi Affan antibiotik dan ubat titis didalam hidung. Pesan doctor...rajin2 makan ubat Affan k. Nanti pengsan lagi. Mama risau lagi. Doctor terus senyum. Waiseh....sempat lagi doc senyum ya....aku nih...tgh stress. doc plak senyum. huhuhuhu......

Sekali lagi....terima kasih buat yg mendoakan KESEJAHTERAAN anak kami Affan. Semoga Allah swt melindungi anak2 kita semua. InshaaAllah. Amin.


Madiey, Meen, Affan Ridzqi dan Adeed Riffat



Friday, February 8, 2013

Khas buat anda semua.......

 ENTRY PENGHARGAAN BUAT SEMUA


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kami sefamily mendoakan agar kehidupan kalian senantiasa dibawah lindungan yg Maha Esa.

Entry kali ini..kami tujukan sekalung ucapan "Terima Kasih" yang tidak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak kami Affan yang jatuh sakit hari tue. Serta buat semua yg prihatin baik secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih sekali lagi.

Kami tidak mampu membalasnya. Cuma kami sentiasa mendoakan agar kebaikan tersebut hanya Allah swt yang dapat mbalas dengan keberkatan yang Dia berikan dalam kehidupan korang semua.

Sewaktu entry ini ditulis....Affan dah semakin aktif semula. Alhamdulillah. Semoga Allah swt melindungi anak2 kami, Affan & Adeed. Panjangkan umur mereka, jauhkan dari segala bencana, malapetaka serta penyakit berbahaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam Terima Kasih Affan buat semua yg mendoakan kesihatannya.


bersama auntie Nor & kazen Balqis


Malam berikutnya...demam tetiba naik hingga suhunya 38 darjah celcius.


Sana Sini di Ward


tak renah baring kat katil spital...kegemarannya melihat fish dlm akuarium


saling tak tumpah wajah papanya disini. Harap cepat2 sembuh ya anakku.

Berkenaan dengan sakit apa yg menyerang Affan hari tue...the next entry haku cuba menerangkannya. Ini Entry Penghargaan khas utk anda semua.

Semoga hidup kita sentiasa sihat dan bahagia disamping orang2 yang tersayang.


♥ muahhhhhhhhhh....

Daripada,

Kami sefamily ^_^

MITSUBISHI VS TOYOTA

Salam kengkawan pembaca yg haku sayangi.

Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah swt.

Korang tgh buat apa??

Now, aku nak continue tulis entry2 yg dah basi. Asyik2 basi kan? almaklum ler...lately byk problem yang datang menguji diriku dan familyku.

Entry kali ini juz nak appreciated wish2 korang pasal baby baru kami ari tue. Terima kasih semua. Actly, yg ini merupakan salah satu azam yg kami wishlist dalam calender 2013. Syukur alhamdulillah. Allah swt izinkan ia menjadi milik kami.

Terima kasih buat yg sentiasa mdoakan keberkatan hidup kami sekeluarga. Kebaikan hati n jasa baik korang...kami mohon agar Allah swt memberkati serta merahmati hidup korang semua.
.
pic nie sengaja aku print screen supaya jadi kenangan buat kami. 

Ada 55 likes, 129 comments. 

Meriah sungguh wall pic haku ari tue. Terima kasih semua.

Actly......kronologi disebalik baby baru kami nie...ada cerita d sebaliknya. Meh aku ceritakan serba sedikit. 1st hubby aku berkenan dengan Toyota Fortuner 2.5G VNT - intercooler yg baru tuh. Aku nie ikut saja. Yang penting kereta tue muat utk kami sefamily and barang anak2 nanti. Ye la..klu berdua jer...tak la nak pilih kereta mcm nie kan? Then, kami choose yg 4WD..coz senang nak balik kpg...nak pegi memancing..ker berkhemah ker...hehehhe.....b4 tue...macam2 la kami kena offer dek salesman. ye la time hubbyku bergaji kecik..tak korang sudi nak offer mcm2 kat kami kan? hehehe....

Diantara yg di offer: -
WISH, PRADO, ESTIMA, IPSUM, ALPHARD, LEXUS, CRV...mcm2 la... (yg giler mahal pun ado, yg bdn kecik tp mahal pun ado, yg bdn besaQ guna petrol pun ado)

Tapi..bebanyak yg haku paling berkenan kat offer diatas tuh...ESTIMA. perghh..mmg canggih didalam keta tersebut. Tapi....hubby aku tak brapa nak berkenan....keta tue tak ssuai nak bawak balik kpg. Lowered. Mana tau esok lusa nak naik feri...susah pula nanti. So, kami touch2 jer la..keta tersebut. Harga pun bulih tahan mahal nya. RM210K. huhuu.......Kalau mak ku tau harga keta mcm tue...dia pasti cakap mcm nih....klu dlm keta tue korang bulih berak, mkn, tdo (tdo pasti boleh la) takpe gak. bla..bla..bla......orang tua pasti mcm tue. heeeeeeeee

So, December tue kami dah booked Toyota fortuner. Booked with RM1000. DONE. Test drived also DONE. Tapi...dalam hatiku..mcm tak puas hati tgk interior FORTUNER. Apa tak nya....rega memahal...cover seat..hampeh. kain biasa jer. cuba la diaorang kali leather seat ker....senang gak memataku tgk bila susu anak2 haku tertumpah diseat nanti. DVD player takde, GPS takde, reverse camera also takde, sensor blkg jer. depan takde...byk betul nak add in klu kita nak beli this car. rega add in tue bukan sehengget dua hengget....beribu riban. GILA. So, hasrat aku membantah aku pendamkan saja. Ikut minat hubby ler katakan.

Hampir sebulan dah berlalu.....time hubbyku d platform murphy....kengkawan dia dgr dia nak tangkap itu FORTUNER. Kengkawan dia pesan klu dapat cancel..better cancel la. coz, byk kelemahan that 4wd. antara kelemahan paling ketara...bracking system and fully 4WD. klu fully 4WD, klu duuit byk gedabak dalam poket takpe gak. bertahun guna 4 bijik tayar berjln sekali gus, bunga tayar botak sekaligus tue yg MAMPUS. tak gitu?? 

So, Balik dr opsor....hubby haku cerita la kat haku. Hati b4 tue dah berkorbar2 nak kan FORTUNER gak. coz...body that car too stylish. macho sakan. hehehhe.....(mood tamak ;p)

Tapi...dalam masa yg sama....aku byk dah google pasal kehebatan/kelemahan dua buah kereta nih. Dari segi sistem enjin & safety....kemenangan pd Mitsubishi Pajero Sport VGT. Dalam keta tue...mmg canggih manggih. Kelemahan dia pada body kit itu sendiri. Mitsubishi tidak sestylish Fortuner.

Bila dah dapat tau tuh...rasa ragu2 plak nak hambek fortuners. but...still wait. tgk apa yg akan jadi. Mohon petunjuk Allah swt.

Jam berlalu, hari berlalu.......January DONE, now February....kitaorg p tanya kat salesman yang jual fortuner kat kitaorg tuh...tanya punya tanya...bila keta nak sampai..dia cakap tak sure. Waiseh.....jawapan tue terus bikin kami panas. Mana tak nya....time nak book bukan main diaorg cakap bulan February maybe sampai. Huh! Betul la kata pak ngah haku...nak hambek keta Toyota ni...kami kena sabar. mau tak mau nya 4 bulan baru sampai. Betul la tue......sob...sob...tapi...kami tak keciwa sangat. Bukan apa..ingat balik...keraguan kami nak hambek fortuner ari tue. Byk kelemahan keta tersebut. Mungkin ini petunjuk Allah swt. Yela..nak kan ssuatu yg belum pasti..byk2 kn mohon petunjuk Allah swt.

So, kami terus pegi ke Mitsubishi Miri Centre. Deal punya Deal....DONE. Within 1 week keta tue dah bulih sampai ke Miri. So, within 1 week aku n hubby p uruskan loan and everything. Keta Wira hubby ku pun b4 tue dah berjaya d jual pada rakannya yang keja Petronas. Syukur alhamdulillah. nak simpan keta bebanyak di umah..buat apa ye dak? cukup la sebuah keta kancil aku yang cute tue..and sebuah keta besar. heeeee.....





Syukur la..price pun tak brapa jauh perbezaannya. Cuma Mitsubishi nie mahal 2,3 ribu than Fortuner price. Prices around 177,000.00.

Then...macam tue la ceritanya......