Selamat pagi semua....
Dikesempatan ini...saya dan seluruh ahli keluarga ingin mengucapakan SALAM AIDILADHA buat seluruh umat Islam.
Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya
Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
SEBELUM 10 ZULHIJAH
Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan
pembaziran.
PAGI 10 ZULHIJAH
Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada
Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari
masjid.
Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu
jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10
Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh
penghayatan.
Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat
handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah
syarak.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
نَوَيْتُ
الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ
اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.
HARI RAYA KORBAN
Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan.
Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup
mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
1. Takbir
Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini
hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan
perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas
setiap solat fardu.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya
dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah
hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan
taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas
solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar
pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.
اَللهُ
أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ
أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ
أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. ( × 5/3)
اَللهُ
أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ
أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ
اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ
إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ
كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ
عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ
أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian
bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang
disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan
ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan
melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya,
memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ
الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan
kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah
menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai
Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang
mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan
kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan
orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
3. Berdoa Taubat
Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu
kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa
atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu
yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan
mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada
kita.
Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat
muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan
dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah
Suci Mekah.
5. Ibadah Korban
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah
bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau
udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang
dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan
kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan
anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain
menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat
(sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya,
dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada
suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu
dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi,
Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari
bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah)
dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan
diri) kepada Allah.
HIKMAH AIDILADHA
Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah
seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
***Layan video klip nie. MY pebret nie....