Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Monday, December 31, 2012

berakhirnya tahun 2012. Selamat Datang Tahun 2013. Semoga lebih berkah.

Salam 31/12/2012

Tinggal beberapa jam lagi kita melangkah ke Tahun Baru 2013. Bagiku setiap menjelang Tahun Baru...mesti hatiku berdebar2. Tak berapa pasti kenapa? normal ker tak normal. Tapi yang pasti...debaran tue berlaku bila memikirkan apa yang akan berlaku 12 bulan akan datang.

Kengkawan....dah tercapaikan azam tahun 2012 anda? Kami punya azam tahun 2012..syukur dah tercapai. Azamnya tak lain tak bukan...dah dapat anak kedua kami. Adik kepada my hero Affan. Then, selain itu..my hubby dapat kerja baru. Rezeki lebih sikit. Syukur alhamdulillah.

Azam n pencapaian..tahun 2013 nanti....rahsia dulu yer. InshaaAllah....Allah swt permudahkan. heeeee....

Aku mohon semoga tahun 2013 nanti aku, suamiku dan anak2ku....diberi kekuatan, iman yg teguh serta utuh...dalam beribadah d jalan yg diredhai Allah swt. Aku mohon Allah swt bantu diriku & seluruh ahli keluargaku dalam memperteguhkan ibadah solat. Harap2..lepas nie....aku tak kerap tinggalkan solat 5 waktu. Aku nak jadi hamba yg disayangi oleh Allah swt. Tetapkan imanku, Ya Rabbi.

So, seperti insan lain.....aku mengharapkan yg TERBAIK utk tahun baru nie.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. 
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. 
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa utk anak2 ku (PAPA & MAMA sayang korang berdua)

"YA ALLAH... Aku serahkan anak-anakku AFFAN RIDZQI DARWISY & ADEED RIFFAT DARWISY di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah, Ya Tuhanku akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat"
"Amin Ya Rabbal alamin"

Ku mohon Allah swt menjaga tali silaturahimku terhadap keluargaku, keluarga mertuaku, suamiku, anak2ku dan seluruh umat Islam.

Akhir kata, semoga dihari2 mendatang....hidup kita lebih d berkati olehNya.

Allahuakbar.


No comments: