Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Monday, September 10, 2012

MUNAJAT CINTA SEORANG ISTRI




Ya Allah
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaraan yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau karuniakanlah aku dengan sifat keredha-an
Kau peliharalah lidahku dari kata kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasy
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ìni adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata kataku dari menyakiti perasaanya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tapi ya Allah...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah .....Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai seorang isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah .... Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah ..... Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikan aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi istri solehah

Hanya padaMu,
Ya Allah ..... Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lekat dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cubaanMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Istri yang dikasihi
Istri yang solehah
Istri yang senantiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin

No comments: