Salam u ols....
Today 20.09.2012, pejam celik, pejam celik....dah hari
Khamis. Esok Jumaat (yay!!!!) Saya suka Jumaat, anda juga tentu suka. hik3x....
Urm, ari nie aku nak story mory dengan korang peristiwa
sembelit level buasir yang telah menyerang hidupku. setakat nie...dah 2x dah
penyakit nie menjelma dan menyerang proses sisa buanganku. FOBIA, TAKUT, GERAM,
FED-UP....memacam mood menyerang bila berhadapan dengan kes cam gnie.
Semalam...kira2 jam 7pm...sakit nie menyerang lagi. Masa tue....ada perasaan
nak membuang..tapi tak ler sarat sangat nak membuang. Untuk makluman korang,
aku nie spesis yang suka pegi ke WC bila betul2 dah sarat nak membuang. Tue kes
nak membuang la. Kalau kes mandi..tak ler saratkan?? hahhahaha...
So, disambungkan cerita tadi....semalam tue...aku cuba2 gak
nak melayan mood dalam WC. Nasib WC d umahku ada dalam master room. So, tak ler
susah sangat nak perhatikan anak2ku yang tengah bermain bila ditinggalkan
sendirian. Affan dia tak suka tinggal sorang2 dalam bilit. Mesti dia
"kengkaung" a.k.a meraung2 la. Urm, sejak menjak Affan dah tau reti
nie....aku mintak papanya buatkan pagar sementara didepan pintu WC dalam master
room kami. Time aku mandi, aku tak tutup pintu WC. Dapat la Affan bermain
sambil tengok mamanya yang seksi mandi. (huk3x). Seksi amendanya...lemak
berkrim ngelember sana sini. Ngehahahhaha....
Adeh...deh.....swing ntah kemana dah cerita pasal sembelit
level buasirku tadi nih. OK, lets continue.....
Dalam jam 7pm tue..aku cuba nak membuang. Tak juga keluar2.
Punya la lama....mcm2 dah aksi anak aku..perhatikan aku. Puas juga aku pujuk
dia dari jauh....main2, baring2..sambil tunggu mamanya tengah mengeram. Drama
"Kau yang Terindah" yang tgh main d TV3.....kedengaran dari WC.
urm....masih lagi jam 7pm...maybe dah 30 minit berlalu. Tunggu punya tunggu
belum juga keluar bahan buangan aku tuh. Isk...isk....Affan dah mula meragam.
Macam2 dah aksi bosan dia tunjuk kat depan pintu WC. Tolong la....keluar
la...aku dah berpeluh dalam WC. Walaupun aircond d on dalam master
room....hasil dari tekanan sembelit.....udara sejuk tue dah tak terasa.
sob...sob...
15 minit dah nak jam 8pm...bahan buangan aku tue belum jugak
keluar. Adeh...deh.....tulung...tulung...aku dah tak sanggup.
Lebih kurang mcm nie la gaya aku time tue. huhuhu
KEJAM betul siksaan sakit nih. Affan dah meraung. Nak tido
lettew. Kesian anak mama. Nenen (susu) dia dah habis. Dia nak meracau,
merengek2....semua toys dia, dia buang. Marah sangat aku tinggalkan dia lama. Owh,
tedah anak mama. Apa bleh buat...penyakit bukan mama pinta, sayang.
sob...sob.....kalau ada hubby aku...dapat la tolong tgk2 kan Affan time aku
berjuang dengan penyakit nih. Urm, nak tau? kira2 jam 8.15pm macam tue...baru
la semunya selesai. Bontot aku dah kembang, dek kerana najis yang degil tak mo
keluar. Sakit tak payah cakap. Malam tue aku dah tak selera nak makan. Lepas
mandi, terus aku buatkan susu utk Affan. Kasi dia tidur dulu. Lepas dia
tidur....aku kemas2 dapur n apa yang patut. Mata aku nie even sakit...aku tak
suka tengok selerak sana sini.
Lepas semua selesai. Aku pun Zzzzzz.......
Pepagi lagi...bontot sakit, tulang pinggul pun turut sakit.
Adoiiiiii yay.....malangnya nasib HAKU. sob...sob....
Sumber kesihatan cakap, individu yang kena sakit nie mereka
terdiri individu yang kurang makan buah (yah, aku mmg tak suka mkn buah, tapi
sayur aku suka. PALING suka taw!). Then, sukar nak minum air banyak. (yah, itu
aku mengaku. sob...sob). Apa2 pun Nie hah..sedikit info pasal sakit sembelit
nih. Sapa2 yang ada/ penah kena serang sakit nih. Kalau sudi kita bleh share d
experiences. hik3x....
Sembelit kronik (Sumber dari Kosmo)
Sukar membuang air besar dan najis berdarah mungkin petanda
kanser usus.
PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi
manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar?
Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini
bermakna anda mengalami sembelit kronik.
Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang
merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu,
masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh
diselesaikan dengan banyak meminum air.
Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap,
sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga
kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika
lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal
akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar
tanpa perlu meneran dengan kuat.
“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar
untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak
membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta
kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut
pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan
golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.
Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air
besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti
kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di
tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai
di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor
dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya.
Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan
tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,”
ujarnya,
Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga
dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi
malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus
menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi
signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas.
Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak
tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa
untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah
seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan
Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada
tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia
juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan
disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos
tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran
cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran
luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit
apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah
najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga
kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.
Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan
penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai
isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh
dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air
besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda
yang menjurus kepada kanser usus.
“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus
dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan
najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah
buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap
sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser
usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri
daripada golongan lelaki.
“Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana
pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu
bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.
“Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya
buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda
kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,”
ujarnya.
Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai
perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan
mengundang rasa tidak selesa kepada perut.
“Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia
normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah
kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke
tandas antara individu adalah berbeza.
“Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air
besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki
bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang
pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang
perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.
No comments:
Post a Comment