Hye semua...
Diharap sihat & bahagia bersama2 orang yg kita sayangi.
Today nak story mory pasal sakit apa yang menyerang ari tue.
Kronologi peristiwa: -
02.02.2013 (Saturday)
5.45: - aku tak lena tdo. Bgn awal ari tue
6.00: - Diikuti oleh Affan.
6.15: - ON tv, Wash baju2, cuci umah mcm biasa.
6.30: - Affan main kereta.....
7.25am: - Affan didapati tidak bermaya. Bermula la kisah yg amat seram aku nak ingat balik. Selesai jer haku cuci pinggan. pergi ke ruang tamu...tgk2 Affan dah lemah. Aku panggil2 nama dia...No respon. aku terus PANIC. aku dukung Affan. Goncang2 bdn dia...tepuk2 blkg dia...panggil2 nama dia....also no respon. Wajah dia pucat kebiruan. Nampak mcm sukar bernafas. Ketika itu....prasaan aku hanya Allah swt jer yg tahu. Terasa kaki mcm tak berpijak d lantai. Bergegar seluruh tubuhku. Airmata dah mencurah2. Mcm2 dah aku fikir.
APA YG DAH TERJADI PADA ANAK AKU, AFFAN???
7.25 - 7.50: - pecut keta...terketar2. mataku asyik memandang cermin. nak tgk condition Affan yg aku baringkan d seat belakang. oh, kira2 5 minit perjln Affan dah bagi feedback yg OK. cuma masih lemah. Airmataku terus mengalir. Bibirku tak henti berzikir.
7.50am: - Arrived E.R, GH
8.00am: - Masuk bilik, Medic check sana sini. Affan termuntah2. Nangis takut.
8.45am: - Jumpa doctor.....ambik report sana sini.
9.00am: - admitted ward. Bermula la kisah Affan diward. ambik suhu, check jantung, x - ray (itu pun aku yg mintak. takut ada jangkitan pd paru2)
10.00am: - Doc review...x - ray OK. syukur alhamdulillah. cuma doc, suruh pantau. takut pengsan.
12.00pm: - Affan tertdo keletihan sampai jam 2.00pm
Hari2 diward..amat menyeramkan. sana sini bebudak sakit. ada yg kritikal..ada yg tahap ok. tapi....mcm2 kita tengok. Insaf. Meleleh jer airmata. Sedih. Ibu2 yg jaga anak diward mmg ibu2 yg tabah mhadapi ujian Allah swt.
11.00pm: - Ibu & bapa mertua ku datang dr kpg. Hubby ku emergency balik. Syukur kami tidak bersendirian menghadapi ujian Allah swt. Terima kasih pdMu Ya Rabbi kerana memberi sedikit kekuatan untuk aku mhadapinya.
12.00am: - Affan tertdo....aku pun hampir terlelap.....badan terasa sgt letih. Otak terasa sangat berat..berat..berat.........STRESS sesangat. Diharap orang2 disekelilingku jgn menambahkan rasa beban dibahu dan diakal fikiranku. TOLONG LA PAHAM.....tisk...tiskkk
12.15am: - aku tetiba bertemu dengan sahabat lamaku. oh, rupa2 nya dia nurse di GH. Ward kanak2. tapi..bukan ditempatkan diward anak haku Affan. sekejap2 kami berborak senda. almaklum ler....nurse2 yg tgh bkerja tak bleh nak lepak2 gittew. so, terpaksa curik2 hayam. huhuhuhu. kurang sikit rasa sedih dlm hati...kurang sikit stress yg aku pikul. syukur. Terima kasih my fren Halina Ashari. Miss you fren. tak henti you msg i yer....*wink*
aku tak hengat jam bape mata aku nie layu...dan terus tdo sampai tak hengat dunia. OH, sungguh letih segala2nya..... syukur semangat aku masih kuat.
03.02.2013 (Sunday)
Keesokkkan paginya: -
5.30am: - aku dah bgn. Lapar.....curik2 pegi kedai...lum bukak lagi. Affan time nie masih lena diulit mimpi.
6.30am: - aku curik2 pegi kedai lagi. Syukur la kedai tak jauh. dlm 2,3 minit gittew. beli apa yg patut.
7.30am: - Affan dah bangun. Today, suhu bdn dia dah OK. So, mmg aku expect yg Affan ari nie mmg dah boleh discharged. Kompiden hokey.....huhuhuhu
8.30am: - ibu, akak aku n my niece pegi melawat kami berdua.
10.00am: -pak nek, mak nek & papa nya pegi melawat.
11.30am: - doc2 review lagi. mcm2 laporan yg dibuat. hebat betul para2 doc nie klu buat laporan. almaklum la..lum ada pengalaman. masih sekadar membaca buku nota. ramai doc pelatih time tue. selamat sukses ya doc2. huhuhuhu.....
12.00pm: - doc (bukan doc pelatih) dah bg kebenaran utk kami balik. Betul kan aku cakap??? Affan dah bleh discharged. cuma doc suruh aku pantau. klu pengsan lagi...maybe affan terkena sawan. mo meroyan kami bila doc cakap cam gitu. juz check suhu....dah bleh bg laporan mcm gittew. tisk..tisk..
*INI LA doc yg masih berlandaskan buku nota. klu PENGALAMAN mungkin tidak begini laporannya.
2.00pm: - kami berdua balik. sampai je umah...Affan tdo..hingga jam 5.30pm. Tired agaknya....almaklum la..keadaan di ward tidak berapa selesa. Sabar la anak aku..demi nak sihat.
5.30 - 9.00pm: - segalanya berjln dengan baik. wpun keadaan Affan masih mencurigakan. aku berdoa dan terus berdoa. Bila jiwa n otakku teringat akan kisah Affan hampir pengsan ari tue......mesti aku TRAUMA!........mengalir airmata....tisk...tisk....
* Ya Allah, Ya Tuhanku...Mohon Engkau Melindungi anak - anak kami. Jauhkan mereka dari segala penyakit, musibah dan malapetaka. Panjangkan umur mereka. Amin. Ya Rabbal Alamin.
04.02.2013 (Isnin): -
5.30am: - aku masih mohon cuti lagi. Nak pantau keadaan Affan. Biar betul2 pulih and aku dah tau dia sakit apa. Pagi itu suhu bdn dia naik. Demam. Sekali lagi...aku nangis. Perasaan sedih n risau tak dpt dibendung lagi. Ya Allah, Selamatkan anakku Affan.
9.00am: - kami tekad nak bawak Affan pegi jumpa doctor pakar kat private klinik. Kami pilih MCMC. Dulu time ada problem preggykan Affan disana la tempat aku berubat n bertapa. huhuhuhu
10.00am: - klinik penuh. kami di minta datang semula setelah register. So, sementara menunggu giliran..kami jejalan dulu. ronda2 bandar Miri. Ketika itu suhu bdn Affan berkurangan.
11.00am: - pegi hantar Affan ke salon. Mencukur rambutnya. Bak kata ibu mertuaku...mana tau..penyakit bleh sembuh...kita nazarkan membotakkan rambut Affan. Chomeyy sungguh Affan dah botak. heeeeeee.....
12.00pm: - After mkn..kami terus ke klinik MCMC
Setelah 5 - 10 minit menunggu..giliran Affan pun tiba. Masa nie Affan dah tdo. Time tue la...Doc senang nak check Affan. Hidung, Telinga doc teropong. Kepala, kaki pendek kata seluruh bdn Affan di periksa.....setelah di analisiskan..............................RUPA2nya anak haku Affan kena JANGKITAN RESDUNG!! Dalam bahasa omputihnya.....SINUS INFECTION.
so, setelah diexplain...ambik ubat....kami pun beredar. Perasaan haku lega sedikit. tidak byk..tapi sedikit. sekurang2nya dpt mengurangkan STRESS yg aku alami. bila aku try to recall balik apa yg berlaku...baru aku related ngan segala explaination doc pakar td keatas simptom yg ada pada Affan. Ada BENAR nya.
Doc cakap...why Affan pengsan? Sbb..mucus/lendir dah menyelaputi seluruh ruang ENT nya. so, tt why Affan ada tanda2 sukar bernafas, sakit kepala (terasa berat) dan sukar mendengar. Rasa mcm pekak, berdengung dan pressure. Cian anak mama.
4.00pm: - ibu, bapa mertua ke kpg. hubby aku juga balik. tak dpt lama. coz cuti emergency. Tinggal la kami berdua di umah. Meneruskan hari2 yg mendatang dengan penuh rasa "risau", "takut", mood bercampur2. ada dah mcm rojak plak. huhuhuhu. Tapi..aku percaya...Allah swt sentiasa bersama2 kami. InshaaAllah.
Setelah aku dapat tau sakit Affan terus la aku dengan rajinnya mengugel dan ini fakta penuh tentang sakit ini: -
TODDLER SINUS INFECTION SYMPTOMS
Sinusitis is a condition where the nasal passages
(sinuses) become inflamed and swollen. The Mayo Clinic explains that this
interferes with normal mucus drainage. Sinusitis is a common problem in
children, says Dr. Alan Greene, pediatrician. A diagnosis of sinusitis is often
referring to bacterial infection of the sinuses, even though every cold is
actually a case of viral sinusitis. Symptoms of this problem in toddlers are
sometimes hard to distinguish between normal cold or other respiratory ailments.
Drainage
Drainage of mucus can occur for numerous reasons
including sinusitis, the common cold and allergies. A sinus infection can occur
as a result of allergies or a persistent cold. Mucus drainage from the nose
that is thick, yellow or green is often due to a sinus infection, suggests
BabyCenter.com. Drainage down the back of the throat can cause a cough that
gets worse at night. Dr. Greene points out that coughing and mucus secretions
that last 10 days or more are the result of more than the common cold.
Pain
Sinus pressure from congestion can lead to pain,
tenderness and swelling. The location of the discomfort can include the eye
area, cheeks, nose and the forehead. The Mayo Clinic says the upper jaw, teeth
and ears may ache. Dr. Greene says headaches and facial tenderness make
diagnosing sinusitis easier in adults and adolescents but these symptoms are
not as common in younger children. Throat soreness is common with a sinus
infection. About half of all toddlers have an ear infection along with the
sinus infection.
Difficulty Breathing
Breathing through the congestion can be difficult. A
toddler may breathe loudly or have labored breathing. Sometimes the nostrils
may flare with each breath as she tries to inhale through her nose. Breathing
through the mouth may be a toddler's only way to cope with the sinus blockage.
Other Symptoms
As a result of the many symptoms, sinusitis can cause a
toddler to be more irritable, tired or have trouble sleeping, become
uninterested in playing or have a diminished appetite. A toddler may have bad
breath or a fever from the infection. Other signs of sinusitis include
irritability and even nausea, says the Mayo Clinic. Toddlers may have dark
rings under and around the eyes from the sinus infection. In addition to
darkness, the facial tissues may appear swollen or puffy.
Versi bahasa Melayu plak: -
***Bahaya penyakit resdung jika diabaikan
APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya
radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis
merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus
seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang
demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil
dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam
hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak
di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria
yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan
jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan
dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan
selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik),
asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi
kepada semua kumpulan umur.
Tanda/Simptom
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian
muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar
hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan
terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu
merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah
dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku
ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di
sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan
kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
KEMUDARATAN RESDUNG(SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan
jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada
hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut
tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat
dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan,
tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit
berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu
petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan
penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada
peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau
disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan
sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang
menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum
dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu
tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang
besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh
mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke
dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata.
Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang
menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid
dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum
terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan
supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak
bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat
keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah
ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun,
keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla
merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat
jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang
tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani
pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama
ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
*Setelah di gugel....simptom yg dialami oleh Affan mcm ada terdapat pada penyakit ini plak. Tapi...doc pakar tak cakap sakit ini. Rupa2nya...Allergic
rhinitis ada related dengan jangkitan Resdung juga. Cuma ada beza sedikit. Bila dah tahap teruk....doc tak cakap sakit itu allergic....dah dikira resdung. OH, TRAUMA nya haku. tisk..tisk...
ALLERGIC RHINITIS: -
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering selesema pada waktu pagi dan
‘sembuh’ apabila tengah hari. Mereka menjadi sihat dan aktif seperti biasa.
Kadangkala hidung berasa tersumbat dan apabila diperiksa, didapati sama ada
banyak hingus di dalam rongga hidung atau tisu dikenali sebagai ‘inferior
turbinate’ bengkak.
“Gejala rhinitis adalah masalah radang pada laluan
pernafasan yang lazimnya dikaitkan dengan hingus selain kegatalan hidung dan
mata. Ia sangat biasa dialami kita tetapi tidak begitu dipedulikan kerana tahap
ketahanan badan individu yang berbeza,” katanya. Jelas Dr Ramiza lagi, bagi individu yang memiliki
ketahanan tubuh yang tinggi, gejala rhinitis tidak mendatangkan sebarang
masalah. Namun, sesetengah orang terganggu dengan gejala rhinitis menyebabkan
fungsi hidung terganggu. Di kalangan kanak-kanak pula, apabila hidung tersumbat
mereka akan bernafas melalui mulut. Ia menyebabkan air liur yang
mengandungi enzim menjadi kering.
“Gejala rhinitis di kalangan kanak-kanak mudah dikesan.
Kanak-kanak mengalaminya kerap demam dan menggaru hidungnya. Malah, hidungnya
kerap tersumbat, berhingus, bersin dan jika tidur pada waktu malam dia kerap
berdengkur,” katanya. Dr Ramiza berkata, kanak-kanak yang mengalami gejala
rhinitis juga selalunya gagal tidur dengan nyenyak dan letih keesokan harinya.
Secara amnya, PUNCA alahan membabitkan:
* asap, terutama
asap rokok
* habuk, termasuk
yang terperangkap pada mainan berbulu dan permaidani
* bulu haiwan
peliharaan
* debunga (sejak aku jadi pekebun munge nih..aku prasan sejak itu Affan terkena alahan ini)
* wangian (rumah kami ada 2 spray wangian bilik yg baru2 nih tlh diinstall. mungkin kah ini penyebab nya???)
Tanda-tanda dan gejala
1. Penghasilan mukus (lendir).
2. Gatal-gatal di: -Tekak,Hidung,Mulut,Mata,Kulit,
3. Batuk.
4. Sakit kepala.
5. Hidung berair/Bersin.
6. Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
Rawatan
Rawatan untuk allergic rhinitis ialah menggunakan semburan hidung untuk
membersihkan rongga hidung serta semburan mengandungi ubat untuk mengurangkan
bengkak pada ‘inferior turbinate’. Di samping itu, ubat ‘antihistamine’ juga
mungkin diberikan. Adalah penting untuk mengenal pasti dan mengelak punca
alahan.
Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik. Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan
ke sederhana. Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti
penyumbatan rongga hidung.
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada
debunga dan kulapuk:
1. Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga
atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah.
2. Jika boleh gunakan penyaman udara
yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
3. Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput,
memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan
tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
4. Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk
mengurangkan gejala yang berlaku.
5. Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah
jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran
kulapuk.
6. Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
7. Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi
pantai atau laut.
Justeru, katanya, langkah untuk mengelak gejala rhinitis
bermula dengan memastikan anak anda tidur di atas katil. “Tidur di atas lantai menyebabkan dia mudah terhidu
habuk. Malah, pastikan pendingin hawa tidak dipasang dan elakkan juga mengambil makanan ringan.
Pada masa sama, pastikan anak-anak mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan,”
katanya.
Dr Ramiza juga mengingatkan ibu bapa tidak memandang
remeh masalah itu kerana tanpa rawatan, alahan rhinitis mungkin boleh menjadi
masalah yang lebih teruk seperti sinusitis, ketumbuhan atau polip dalam rongga
hidung selain sakit kepala di bahagian depan serta muka.
*Info Rhinitis di kalangan kanak-kanak
Faktor risiko:
1. Keturunan
Alahan cenderung diwarisi daripada keluarga. Seperti juga
lelah dan ekzema, gejala rhinitis juga diwarisi daripada keluarga.
2. Persekitaran.
Ada kala gejala rhinitis berlaku sebagai
respon kepada persekitaran. Terdedah kepada alergen (pencetus alahan) seperti
debunga atau habuk tidak kiralah di dalam atau di luar rumah menyebabkan mereka
mudah diserang gejala rhinitis.
3. Menyusu badan. Penyusuan eksklusif untuk empat bulan
pertama kehidupan bayi
dipercayai mengurangkan risiko alahan.
Rawatan: -
1. Menjauhkan alahan atau sumber alahan
2. Pemberian ubat-ubatan
3. Pengambilan air yang cukup selain mengehadkan
penggunaan pendingin hawa. Ini kerana suhu yang sejuk dan kering juga
menyebabkan hidung juga kekeringan.
What Is the Difference Between Rhinitis and Sinusitis?
There are several differences between rhinitis and sinusitis. The major
difference involves the pathology of these conditions. Rhinitis is not a
disease or illness in itself, but it is blanket term for symptoms involving the
nose, eyes, and throat. This may be due to seasonal
allergies or the common cold. Sinusitis, commonly called a sinus infection, is
an ailment that causes pain and pressure in the sinuses, typically caused by
bacterial infection.
It is possible to suffer from rhinitis and sinusitis
simultaneously, as one set of symptoms may coincide with the other. For
instance, rhinitis refers to symptoms such as a stuffy or runny nose, watery
eyes, and scratchy throat. These symptoms may be present with a sinus infection
as well.
A respiratory infection such as the common cold or influenza can
cause rhinitis symptoms and result in a secondary infection such as bronchitis or
sinusitis. A cold that lingers for a long time may cause extreme nasal congestion and
swollen nasal passages. Over days or weeks, swollen nasal passages that are
unable to drain properly may allow pathogens to thrive. Mucus can become a
prime breeding ground for bacteria and subsequently cause a sinus infection.
Although often caused by bacterial infection, sinusitis
may also be present without infection. Allergic sinusitis causes swelling and
inflammation, primarily in the sinus cavities. This leads to pressure and pain
in the sinus region, which may be acute or chronic.
Sinusitis sufferers may feel pressure above the eyes or
below the eye sockets. Pressure and pain may also be felt all around the
orbital sockets and the bridge of the nose. The major difference between
rhinitis and sinusitis is that rhinitis alone will not produce pain and
pressure in the sinus cavities.
Individuals with sinusitis need to reduce swollen sinus
passages and allow proper drainage. This may be done with the use of an oral
decongestant or other methods. Steam therapy is helpful to many patients with
sinusitis.
In some severe cases of chronic sinusitis,
surgery may be required. Required surgery is one major difference between
rhinitis and sinusitis. Surgery for sinusitis may be done on an out-patient basis
and involve a procedure known as a sinoscopy. This endoscopic sinus procedure
helps to unclog blocked maxillary and frontal sinus passages, allowing freer
breathing. This minimally invasive procedure does not cut into bone or
surrounding sinus tissue.
Surgery is a major differentiating factor between
rhinitis and sinusitis. This is because rhinitis symptoms will never need
endoscopic surgery unless sinusitis is a cause. Rhinitis symptoms will
typically disappear on its own, without permanent or lasting complications.
So, kesimpulan terhadap kes Affan nie: -
Doctor pakar kanak - kanak bagi Affan antibiotik dan ubat titis didalam hidung. Pesan doctor...rajin2 makan ubat Affan k. Nanti pengsan lagi. Mama risau lagi. Doctor terus senyum. Waiseh....sempat lagi doc senyum ya....aku nih...tgh stress. doc plak senyum. huhuhuhu......
Sekali lagi....terima kasih buat yg mendoakan KESEJAHTERAAN anak kami Affan. Semoga Allah swt melindungi anak2 kita semua. InshaaAllah. Amin.
♥ Madiey, Meen, Affan Ridzqi dan Adeed Riffat ♥ |
2 comments:
Ya rupanya sakit Affan Min. Alhamdulillah, moga2 Affan cepat sembuh dan sik akan terkena jangkitan resdung ya lagik. Kita tok nama biak kecik mesti risau ... kalau boleh maok 24/7 standby tepi daknya. Mcm yalah aku dolok time Zahin gatal2 sampe kembang seluruh badan masanya umor 8bulan .... seminggu ku cuti, mbak g klinik gomen, mbak g prebet kelinik ... semua ubat sik berkesan. Nya bukan jerumut, bukan chicken pok. Dua tiga hari padah ngan Bullah maok mbak Zahin g check kat hospital prebet tpt aku deliver Zahin dolok, Rafflesia Medical Ctr kat KK. Pas mbak sia, dok check sia sitok, beril lotion ngan ubat alergik, petang ya sapu lotion ya, alu surut kembang2 gatal badan Zahin..mun nak cerita experience time ya...mmg sik dpt tido..sebab time ya Zahin lom pandai bergaru mun gatal...apa nya dpt polah cuma nangis bila bdnnya rasa gatal...huhuhu...sedih oooo
sedih kan prem? nang sik lalu nak tdo n mkn kena nembiak sakit. ciannya zahin. harap2 anak2 kita semua sihat. mohon d jauhkan dr malapetaka , musibah serta penyakit. aku time kenak penyakit tok..time muka nya biru pucat....aku mmg mcm dah sik bernyawaku asa. kaki mcm sik berpijak ke lantai. mok pengsan juakku. sedih alu bila ku ngenang perkara ya. thanks coz...prihatin prem. GBU.
Post a Comment