Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Monday, February 28, 2011

♥My baby Affan - 3 months♥

Hye everybody...

Dah bekpes cyg2 semua? Today...update blog kat opis. Use pc opis nie..agak lembap sikit. Almaklum ler....software zaman jepun. ekekeke...http://www.emocutez.com Owh..ya, title above regarding perkembangan my Baby Affan. http://www.emocutez.com Yesterday, umur baby Affan a.k.a yup2 masuk 3 bulan. Syukur, Alhamdulillah. Terima Kasih Allah swt.

Perubahan baby Affan ketika usia 3 bulan, 1 hari nie...dia lebih suka bercakap, ketawa dan kurang la sikit sifat menangis & cengeng dia tue. Syukur. After this, senang sikit mama & papa bawak baby Affan berjalan/ bersiar ke mall & pusat rekreasi. hehehehe....

HORAYYYYYYYYYYY...

Harapan & doa mama & papa semoga baby Affan terus sihat, aktif & soleh serta menjadi anak yang berguna & bertanggungjawab kpd kedua org tuanya & seluruh ahli familynya. Amin Ya Rabbal alamin. Setiap hari & detik mama & papa berdoa untuk baby Affan. Semoga Allah swt mendengar doa - doa kami.

*Here i copy & paste doa2 yang boleh digunakan oleh para ibu & bapa untuk anak2 kita: -

PRAY FOR RIGHTEOUS CHILD

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL

SURAH TAHA AYAT 1-6
طه

1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

ha....bukan kita sebagai ibubapa saja ada doa untuk anak2. Untuk anak2 pun ada doa yang sesuai untuk mendoakan kesejahteraan kedua org tua mereka. Sila take note: -

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

  1. Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT - SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
  2. Doa agar anak2 mengerjakan Solat - SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41
  3. Doa melembutkan hati anak2 yg nakal - SURAH TAHA AYAT 1-6
  4. Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati - SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

So, kita sebagai kedua orang tua kepada anak2 kita...keep on prayer...& semoga doa2 kita semua didengar oleh Allah swt. InsyaAllah.....http://www.emocutez.com

Ok...Chow dulu semua. Nak continue keja. Nanti berlambak2 plak keja atas meja ku nih. byeeeeeeee....http://www.emocutez.com

Sunday, February 27, 2011

Udang owh Udang!!

Salam sejahtera semua.... Korang tgh buat aper?
Dah dinner? ~O) Aku dah dinner ngan hubby. Berlaukkan pucuk ubi tumis udang kering, pekasam ikan (waduhhh..sodap deh!) & ikan masin kembung. Walaupun simple tapi......bertambah2 nasik. Mmg dah selera kami begitu.

Heh!
Malam nie nak story pasal "udang". :x Yeah...udang yg dipancing di sungai atau di laut tue. hehehhe...nak tau?? Itulah kegemaran KAMI. Tp, udang sungai adalah spesis udang paling KAMI gemari. Kenapa aku tetiba cerita pasal Udang nie?? coz...di sebelah aku...hubbyku membzkan dirinya mengemas kinikan aksesories pancing. Kalau dilarang pegi....dier buat2 tak tau plak :-. Dengar2...dia nak pegi memancing minggu nie. Almaklum ler...today kawan sama tempat keja nya sempat kol mengatakan yang dia tgh memancing udang. Udang nie...kalau di masak kari/asam pedas atau goreng pun sodapppppppp.. AMACAM??? ADA BRANI??? hehehhe...

Udang Sungai nie bagi aku la...agak sedap sikit berbanding dengan udang spesis laut. Udang sungai nie ada lomak2 skit doe.... tp, ramai org yg alergik dengan udang spesis sungai. Ntah la...tang mana yang bagi alergik..tue pun aku tak pasti. Maybe udang sungai nie...spesisnya suka makan benda2 yang kotor...coz...tinggal di sungaikan? Ramai rumah2 di kampung berhampiran dengan sungai. cehhh....itu pendapat aku jer. (bagi korang...jgn terpedaya yer...coz..aku mmg pelahap. tak peduli semua tue!
Nie ha...aku hidangkan dengan korang pic2 hubby ku yg berposing sakan dengan hasil tangkapannya. Tgk...jgn tak tgk....... LAYANzzzzzzzzzz.....





lagi..........




dan lagi............




So............? g mana? Sodap ngak? PASTI sodap deh:P

...sekian, terima kasih....=P~

Friday, February 25, 2011

KENAPA BAYI MENANGIS???


Bayi akan menangis apabila dia berasa kurang selesa atau apanila dia mahukan sesuatu. Dia akan menangis jika terasa sejuk, panas, letih, lapar, haus, sakit atau inginkan belaian ibu bapa. Tetapi, ada bayi yang menangis keterlaluan. Kanak-kanak mempamerkan reaksi yang berbeza-beza apabila berhadapan dengan keadaan yang menyebabkan mereka menangis. Ada yang menangis terlalu lama dan kuat bunyinya apabila terjatuh tetapi ada yang tahan lasak dan akan bangun semula untuk meneruskan aktivitinya. Kanak-kanak berbeza dari segi apa yang dikatakan temperament atau karenah. Ada yang sering sangat menangis begitu lama dengan suara lantang sehingga membingitkan telinga orang yang mendengar. Ada pula bayi yang kurang sekali menangis, seolah-olah sentiasa berasa selesa. Ada bayi yang mudah dipujuk dan ada juga yang sukar didiamkan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit.

Biasa ditemui keadaan dimana seseorang bayi itu kerap sangat menangis berpanjangan dengan suara yang lantang. Keadaan ini selalunya bermula ketika bayi berusia dua minggu dan akan berterusan sehingga dia berusia tiga bulan. Dalam istilah Inggeris, keadaan ini disebut sebagai three months colic, evening colic atau infantile colic. Istilah tempatan yang popular ialah tangis kembung. Keadaan ini boleh digambarkan melalui satu contoh kes yang pernah ditemui diklinik.

Pemeriksaan ke atas bayi yang sering menangis

Untuk menilai seorang bayi yang terlalu kerap menangis, tidaklah memadai dengan mendapatkan riwayat terperinci tentang punca-punca atau faktor-faktor yang boleh dikaitkan degan tangisan bayi itu semata-mata. Pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan untuk memastikan bayi berada dalam keadaan sihat. Sesetengah ibu bapa menganggap biasa sahaja tangisan bayi mereka yang dirasakan keterlaluan oleh orang lain. Perkara ini tidak merupakan masalah kepada mereka. Ada sesetengah bapa yang tidak suka mendengar tangisan anak mereka. Mereka mudah berasa cemas dan menjauhkan diri dari anak itu. Dengan ini, mereka tidak membantu isteri untuk mententeramkan bayi itu. Sebaliknya, ada pula sesetengah bapa yang tidak beras terganggu dengan karenah bayi mereka. Mereka sebaliknya sentiasa bersabar dan cuba seberapa daya mententeramka bayi mereka.

Seseorang ibu yang kurang cekap atau kurang berpengalaman mengagihkan masa dan tenaganya untuk melaksanakan tugas sebagai suri rumah tangga akan cepat berasa letih dan menyebabkan dia mudah naik darah dan hilang kesabaran. Jika dia juga bekerja dan kurang cekap di pejabat kerana sering keletihan , dia mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan cemas. Ini boleh menyebabkan bayinya lebih lantang dan kerap menangis. Keadaan boleh menjadi lebih buruk lagi jika si ibu sendiri tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan karenah bayinya itu. Jika dia sendiri mudah panas hati atau kurang sihat , keadaan akan menjadi bertambah -tambah buruk lagi.

Jika suami isteri mempunyai hubungan yang baik sesama mereka dan saling mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mendapat sokongan dari pihak mertua , saudara mara atau pembantu rumah , ini sedikit sebanyak boleh menolong meredakan keadaan. Tetapi , cuba bayangkan keadaan di mana si bayi yang kuat menangis mempunyai ibu yang mudah naik darah , kurang cekap di rumah dan di pejabat , kurang berpengalaman menjaga bayi serta bapa yang kurang bertimbang rasa dan sering tiada di rumah dan sebagainya. Keadaan ini sudah tentu akan mudah menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan si ibu tidak dapat mengawal perasaan. Nasihat doktor dan bantuan daripada orang lain penting bagi meredakan keadaan.

Apakah cara -cara untuk mengatasi keadaan ini ?

Memberi bayi puting , membelai dan menepuk -nepuknya sambil mengucapkan kata -kata yang lembut boleh meredakan keadaan. Bayi gemar dibaringkan sama ada didalam buaian atau di atas riba ibu sambil dihenjut -henjutkan. Bayi juga suka didokong. Dia dapat merasakan kelembutan , kehangatan badan serta degupan jantung si ibu. Dalam posisi ini, bayi kadangkala boleh tidur dengan nyenyak-nya. Kadangkala, jika tangisan bayi tidak juga reda walaupun setelah bermacam-macam perkara dilakukan untuk memujuknya, biarkanlah sahaja dia beberapa ketka. Sesetengah ibu menyatakan bahawa bayi mereka akan berhenti menangis dan tidur nyenyak apabila dibawa bersiar-siar didalam kereta. Bayi yang banyak tidur pada waktu siang hari dan berjaga serta menangis pada malam hari boleh diubah waktu tidurnya. Jika dia dibiarkan tidur selama tiga jam pada waktu siang, kemudian dikejutkan untuk diberikan susu, dimandikan atau dilayani, kemungkinan tidurnya akan lebih nyenyak dimalam hari.

Ibu yang sentiasa tenang, mendapar sokongan dari suami, pembantu rumah, ibu bapa atau saudara mara terdekat akan dapat menghadapi masalah bayi kerap menangis ini dengan lebih positif. Adakalanya, siibu mungkin keletihan kerana terlalu kerap berjaga pada waktu malam. Dengan keadaan ini, dia perlukan waktu untuk berehat dan tidur secukupnya supaya mendapat tenaga kembali untuk menjaga bayi dengan perasaan yang lebih positif. Ingatlah bahawa perasaan letih, marah dan ketegangan jiwa hanya akan menambahkan masalah dan perlulah dikawal.

Adakalanya, keadaan menjadi sungguh genting dan tegang terutama bagi pasangan ibu bapa yang tidak mendapat sokongan daripada orang lain. Doktor mungkin boleh menyarankan ubat-ubat tertentu untuk meredakan keadaan jika difikirkan perlu. Ubat tidur boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya pada bayi. Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan memberi ubat kepada bayi mereka tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tangisan bayi kembung tidak akan berterusan selama-lamanya dan lazimnya akan berhenti apabila usia bayi meningkat tiga bulan. Oleh itu, hadapilah keadaan ini dengan sabar dan yakin.


......"SELAMAT BERJAYA PARA IBU SEKALIAN"



yEaaaaaaaaahhhhh...musim bubok dah tiba

Pagi...pagi semua.......

Dah bangun pagi ker? dah bekpes? Now, jam di pc ku menunjukkan skrg pukul 11.10am. Ntah tepat ker, ntah tidak...huhuhu ;p

Pepagi nie sibuk jer kak cleaner opisku mengwar - war kan berita pasal BubOk. Dia cakap bubok dijual di Jalan Miri - Lutong, murah. Tak silap aku...dlm 5.oo sekilo. urm...You all tau x apa itu bubok?? Penah layan belacan Sarawak tak?? urm tak silap aku di negeri aku la paling HOT TOP spesis nih. Klu disini, belacan, cencaluk di perbuat dr bubOk la. Meh - meh cnie aku nak crita skit asal usul bubok nie, tue pun bagi yg belum kenal mengenal dengan BubOk & rakan2. hehehe...

Bubok adalah sejenis udang kecil yang berhijrah mengikut musim. Ini rupa si buBok/bubuk: -




*bubok kering (Dry shrimp)






*bubok basah/fresh (Wet/fresh shrimp)




Biasanya, musim bubok di perairan pantai utara Sarawak seperti Miri dan Bintulu bermula pertengahan Februari sehingga pertengahan Mac setiap tahun.

Selain menjadi bahan asas untuk membuat belacan dan cencaluk, bubok juga boleh digunakan untuk membuat cucur, dipais (dibungkus dalam daun) atau dimasak dalam buluh.

Selain itu, ada juga yang gemar menjemur bubok sehingga kering supaya dapat menjadi ramuan utama bagi menyedapkan masakan seperti menggoreng sayur dan membuat sambal belacan.

Bagi penduduk tempatan yang sudah biasa dengan musim bubok, mereka mengenal pasti kedatangannya berdasarkan langit yang berwarna ‘merah’ pada setiap petang. Warna merah itu dikaitkan dengan warna bubok yang muncul dalam kumpulan besar menghampiri kawasan pantai.

Kehadiran bubok secara tidak langsung turut menarik ikan-ikan untuk ke pesisiran pantai. Bagi nelayan, peluang yang datang sekali setahun itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak, sekali gus memperoleh keuntungan berganda.

Lazimnya, terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menangkap bubok iaitu menggunakan sejenis pukat halus yang direntangkan pada pakak (kayu) sebelum disorong dengan berjalan kaki di pesisir pantai.

Satu lagi cara adalah menggunakan pakak perahu di kedalaman yang melebihi enam kaki.

Selain itu, mana-mana nelayan yang mempunyai perahu, mereka boleh menggunakan pukat halus untuk menangkap lebih banyak bubok di tempat yang lebih dalam dan hasilnya lebih bersih berbanding bubok yang diperoleh melalui kaedah sorong.

Senario & situation menangkap bubOk, kira2 mcm ini pic la....... (Ilustrasi semata2 ^_^)





Dah tau asal usul bubok or kata omputih shrimp. So, apa lagi?? kata org sarawak...ramei2 lah ke Miri. Dapat kitakorg berangkut pulang ngan dak bubok sekawan. hehehehe...

Caloooooooooo....xoxo



Tuesday, February 22, 2011

Claims my besday gift - LOLz

YehaaaaaaaAAAAAA

Petang tadi aku dapat besday gift from hubby for my besday this year. Actly gift tue aku terima on my besday last sunday @ 20 FEBRUARY

Guess what????!

Aku dapat Jam tangan. Yeah....memang itu WISH aku this year. Ntah la....aku nak Jam baru. That's all...hehehehe...

Nie ha...aku attached pics jam baru MILIKKU (Time ambik pic nie...kami sedang menikmati dinner @ MC'd)





Amacam?? Cantik tak? Bagi aku cantik banget..coz aku SUKA! That my TASTE for this YEAR. Next year lain lagi..ye dak?? hahahhaha.....

Nih,aku bagi sedikit sebanyak specification bout this watch: -

Actly, kaler jam nie...bukan black. Kaler jam itu bertukar akibat pantulan flash camera. adoii...jadi black ler plak! Jam nie kaler dia...silver. Dalam jam tue...baru la black. This watch is suitable for women only. coz...size dia agak kecik & nipis compare dengan jam utk lelaki. Jam nie ada date, minit & hour. sesuai sesangat untuk aku yang LASAK semenjak 2 menjak nih...


ok...chow dulu...nak mamam.


Daaaaaaaaa...Photobucket<---------mode happy!