Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Friday, February 25, 2011

yEaaaaaaaaahhhhh...musim bubok dah tiba

Pagi...pagi semua.......

Dah bangun pagi ker? dah bekpes? Now, jam di pc ku menunjukkan skrg pukul 11.10am. Ntah tepat ker, ntah tidak...huhuhu ;p

Pepagi nie sibuk jer kak cleaner opisku mengwar - war kan berita pasal BubOk. Dia cakap bubok dijual di Jalan Miri - Lutong, murah. Tak silap aku...dlm 5.oo sekilo. urm...You all tau x apa itu bubok?? Penah layan belacan Sarawak tak?? urm tak silap aku di negeri aku la paling HOT TOP spesis nih. Klu disini, belacan, cencaluk di perbuat dr bubOk la. Meh - meh cnie aku nak crita skit asal usul bubok nie, tue pun bagi yg belum kenal mengenal dengan BubOk & rakan2. hehehe...

Bubok adalah sejenis udang kecil yang berhijrah mengikut musim. Ini rupa si buBok/bubuk: -




*bubok kering (Dry shrimp)






*bubok basah/fresh (Wet/fresh shrimp)




Biasanya, musim bubok di perairan pantai utara Sarawak seperti Miri dan Bintulu bermula pertengahan Februari sehingga pertengahan Mac setiap tahun.

Selain menjadi bahan asas untuk membuat belacan dan cencaluk, bubok juga boleh digunakan untuk membuat cucur, dipais (dibungkus dalam daun) atau dimasak dalam buluh.

Selain itu, ada juga yang gemar menjemur bubok sehingga kering supaya dapat menjadi ramuan utama bagi menyedapkan masakan seperti menggoreng sayur dan membuat sambal belacan.

Bagi penduduk tempatan yang sudah biasa dengan musim bubok, mereka mengenal pasti kedatangannya berdasarkan langit yang berwarna ‘merah’ pada setiap petang. Warna merah itu dikaitkan dengan warna bubok yang muncul dalam kumpulan besar menghampiri kawasan pantai.

Kehadiran bubok secara tidak langsung turut menarik ikan-ikan untuk ke pesisiran pantai. Bagi nelayan, peluang yang datang sekali setahun itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak, sekali gus memperoleh keuntungan berganda.

Lazimnya, terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menangkap bubok iaitu menggunakan sejenis pukat halus yang direntangkan pada pakak (kayu) sebelum disorong dengan berjalan kaki di pesisir pantai.

Satu lagi cara adalah menggunakan pakak perahu di kedalaman yang melebihi enam kaki.

Selain itu, mana-mana nelayan yang mempunyai perahu, mereka boleh menggunakan pukat halus untuk menangkap lebih banyak bubok di tempat yang lebih dalam dan hasilnya lebih bersih berbanding bubok yang diperoleh melalui kaedah sorong.

Senario & situation menangkap bubOk, kira2 mcm ini pic la....... (Ilustrasi semata2 ^_^)





Dah tau asal usul bubok or kata omputih shrimp. So, apa lagi?? kata org sarawak...ramei2 lah ke Miri. Dapat kitakorg berangkut pulang ngan dak bubok sekawan. hehehehe...

Caloooooooooo....xoxo



No comments: