Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Monday, December 31, 2012

tik..tok..tik...tok...4.30pm

Bila mood sik sabar nak balit. Ya...sik sabar bah. org dah ada yg cuti. ada org yg gago nak celebrate new year 2013 tonite. aku & anak duduk umah jak. hubby outstation. sob..sob....

so, layan jak la.....apa ku polah demi nunggu jam 4.30pm. hahahhaha: -

Abang

Adik




WE LOVE BOTH OF YOU!!!! muuuuuuuuuuuuuuuuuuahhhh. xoxo 

haku d latest..tuan punya blog



original version
version 2

version 3
version 4



taRaaaaaaaaaaaaaaaa ~ udah xda keja bah. jgn nganok. hahahhaha ;p

PERMATA HATIKU

Sedar tak sedar...anugerah yang Allah swt bg kat kami...dah besar. tak lama lg bermenantu la haku kan? hak3x....


SAYANG ANAK2 KAMI. Nie pic latest dr diaorg. berbagai2 karenah. heeeee...apa2 pun kami sayang. muahhhhhhhh....LOVE♥

SI ABANG
SI ADIK

^_^

like?? share la...

juz share with you all....like?? share ler...heeeeeeee...




berakhirnya tahun 2012. Selamat Datang Tahun 2013. Semoga lebih berkah.

Salam 31/12/2012

Tinggal beberapa jam lagi kita melangkah ke Tahun Baru 2013. Bagiku setiap menjelang Tahun Baru...mesti hatiku berdebar2. Tak berapa pasti kenapa? normal ker tak normal. Tapi yang pasti...debaran tue berlaku bila memikirkan apa yang akan berlaku 12 bulan akan datang.

Kengkawan....dah tercapaikan azam tahun 2012 anda? Kami punya azam tahun 2012..syukur dah tercapai. Azamnya tak lain tak bukan...dah dapat anak kedua kami. Adik kepada my hero Affan. Then, selain itu..my hubby dapat kerja baru. Rezeki lebih sikit. Syukur alhamdulillah.

Azam n pencapaian..tahun 2013 nanti....rahsia dulu yer. InshaaAllah....Allah swt permudahkan. heeeee....

Aku mohon semoga tahun 2013 nanti aku, suamiku dan anak2ku....diberi kekuatan, iman yg teguh serta utuh...dalam beribadah d jalan yg diredhai Allah swt. Aku mohon Allah swt bantu diriku & seluruh ahli keluargaku dalam memperteguhkan ibadah solat. Harap2..lepas nie....aku tak kerap tinggalkan solat 5 waktu. Aku nak jadi hamba yg disayangi oleh Allah swt. Tetapkan imanku, Ya Rabbi.

So, seperti insan lain.....aku mengharapkan yg TERBAIK utk tahun baru nie.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. 
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. 
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa utk anak2 ku (PAPA & MAMA sayang korang berdua)

"YA ALLAH... Aku serahkan anak-anakku AFFAN RIDZQI DARWISY & ADEED RIFFAT DARWISY di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah, Ya Tuhanku akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat"
"Amin Ya Rabbal alamin"

Ku mohon Allah swt menjaga tali silaturahimku terhadap keluargaku, keluarga mertuaku, suamiku, anak2ku dan seluruh umat Islam.

Akhir kata, semoga dihari2 mendatang....hidup kita lebih d berkati olehNya.

Allahuakbar.


Thursday, October 25, 2012

Entry masih sama...berkisar tentang MAKANAN utk tetamu..hehehe


Malam nie....anak tekak teringin nak menjamah tom yam ikan tenggiri. Superb tak haku?? ikan tenggiri pun bleh d masak tom yam. huahhahahha..... Then, satu lagi...ari nie tetiba plak teringin anak tekak ku nie nak minum air bandung cendol. perghhhhh....even, kat luar hujan lebat....(time nie masih kat opis). Dalam otakku nie..dah mcm2 di fikir. nak itu, nak ini.

Petang nie...bercadang nak chow awal sikit dr opis. Nak singgah jap kat Emart. nak membeli bahan2 mentah utk dinner malam nie. takde apa nak di tulis panjang2. So, korang layan jer la pic micture nie (adeh...ada lak perkataan micture tue yah...ntah cikgu sapa yg ajor ko nie Yasmin!!! dush...dush....)

nie ha ~ bahan2 mentah yang aku beli utk dinner malam nie. Antara menu yg harus ku rushing masak for dinner tonite is: -
TOM YAM TENGGIRI
SAYUR KELAGI TUMIS UDANG KERING
TEMPE GORENG KUNYIT
AIR BANDUNG CENDOL


*GULA tue korang IGNORE jer ya....tak termasuk dalam MENU DINNER...tue tanda stok gula kehabisan di umah.

ting...tong...ting...tong....
TA ~ RA

nie hasilnya: -
sayur keladi tumis udang kering. pebret saya nie. korang plak? sapa2 nak resepi..nah, ambek nie: -

bawang merah/putih (ikut kuantiti sayur. kalau sayur byk gedabak..bawang tue kasi byk la sikit)
cabek padi (ikut suka. sapa nak pedas. bleh bagi byk. jgn sampai buasir laks)
segenggam udang kering (takde udang kering, guna ikan bilis. tapi...rasa lain la sikit yer)
daun kunyit (secukupnya)
serai (sebatang...yer ker sebatang)
kunyi (sikit jer)
belacan (secubit jer)
minyak (utk menumis)
sayur keladi (selur dulu yer)

cara2nya: -
panaskan minyak utk menumis. tumis semua bahan spt bawang merah/putih, cabik padi, udang kering, kunyit, belacan yang telah ditumbuk halus. serai dititik jer. dah smuanya naik bau...masukkan daun kunyi yang dimayang halus. selepas itu, masukkan sayur keladi. masukkan air ikut suka. jgn la byk sangat. kang banjir plak sayur korang tue. hahahhaha.....selepas mendidih...sedia utk dihidangkan bersama nasik and ikang masin. hehehhe.... (suka ati ku nak mesen ;p)

TOM YAM IKAN TENGGIRI.

Kalau nak resepi nie. Aku google jak. Then, ikut resepi. masak. habis cerita. yang penting rajin. tul tak?? ;p

PIC yang lain air bandung cendol tue tak terambil dah pic nya. sama jugak dgn pic si tempe goreng. perut dah lapar. Affan pun dah meragam. okay la. ENJOY!!

DA~~~~~~(sambung keja balik)


Hari kedua bersama tetamu kami

hye...HELLO...my dear semua. Pa kabar korang? harap sihat2 semua hendaknya.

Entry kali nie masih lagi berkisar tentang lawatan tetamu ke umah kami. hik3x....tetamu tue tak lain tak bukan....my hubby punya kazen. hehehe...dia datang ke sini pun nak attend interview. nie la pestaim dia ke Miri. Sayang sungguh....time dia ke sini...kami laki bini keja. tak ambik cuti pun. kalau time public holiday...bukan kah senang kami nak bawak2 dia mengelilingi bumi Miri yang kecik jer sebenarnya. hahahhaha....

so, seperti biasa....kalau ada tetamu...ada la menu2 masakan yang aku nak hidangkan utk mereka. Melayan tetamu dengan baik itu perkara yang disukai Rasulullah...wokey. heeeeeee...

Malas nak tulis pepanjang entry kali nie. korang layan pic mknn nie jer la kay..

sayur labu goreng tumis udang kering. meriah betul guna udang kering kerana stock yang hubby beli dari KK masih banyak lagi. 

pestaim..saya buat bubur kacang ijo nie. hak3x....TOLONG JANGAN KETAWA. erkkk.....(saya baru pestaim, coz...baru kali nie saya pandai nak telan kacang ijo nih) huahhahahha ;p

Ta ~ Ra.....bubur yang dah siap. kurang manis punya. utk pre - diabetes...itu adalah HARUS! ;p

SUP TULANG DAGING SUPERB

***NOTE: TERIMA KASIH UTK INCIK HUBBY YANG SENYAP2 POST KAT WALL FB SAYA. NAMPAKNYA DIA SUKA AKAN SUP TULANG DAGING YG SAYA MASAK TUE.....(muncung jer mulut) hahhahha...
ok..tue jer yg nak d share bersama. hehehhe....selamat menyambung keja balik. (mengular jer kat opis) ;p

OPSSSSSSS...TERLUPA laks nak kasi kenal my hubby punya kazen. nie ha..pic yg sempat d ambik.

yang bawak my hero Affan tue my hubby and seblh dia tue is dia punya kazen ler. urm....chomey tak my hero Affan kat cnie kan?? wajah Affan mcm pompuan. alalalal...anak mama. matam...matam. hahahhaha

ok...BUBAI PRENSSSSSSSSSSSS♥

akhirnya.....jumpa jugak my BFF



Hye semua....

Entry kali nie tetiba plak nak jadi MASTERCHEF. hik3x... Yelah...musim nie terpengaruh dengan program MASTERCHEF kat channel Astro Ria. Sekali skala merajinkan diri bermain dengan kuali, sudip di dapur. Kali nie aku nak kongsi...menu2 masakan sepanjang minggu nie. Almaklum ler....minggu nie..hubby dok umah sepanjang bulan. Bulan depan, 1st of November dia dah join company lain. Opsor ler jugak. but...platform tempat keja dia tue sekitar Bintulu. Yang bestnya..kali nie dia punya schedule keja 2 weeks keja, 2 weeks off.

Oh...entry nie bukan nak cerita pasal tempat keja baru hubby ku. Jangan plak nak memesong entry yer Puan Yasmin. hehehhe...

Sepanjang minggu nie...rumah kami dikunjungi para tetamu. Yelah...sound mcm ramai jer bunyi tetamu. Padahal 2 org jak. Sorang tetamu...my old pren. Nanti ku upload jer pic my BFF. Sejak menjak kami dah ada tittle jadi Ibu & Isteri nie...kami susah nak jumpa. Dia nun jauh disana Bintulu (alah, bukan jauh pun...dari Miri ke Bintulu paling lama pun 3 jam perjalanan) hak3x...

So, utk dia.....aku masak special tak brapa nak special. hak3x...

ayam masak kari kicap
sayur bayam, ikan masin sira asam & cabek ijo tumis belacan
Adeh...good baby Mizan. titun senyap jer. Affan aku tak payah cakap...tgk jak gayanya. dah la susah nak berseluar. Apalah anak mama nie???!! grrr...... TUAN/PUAN, PLS IGNORE JER SIZE BADAN SAYA TUE YER..hak3x...chubby ;p
yg tudung biru tue la my BFF. yang tudung hitam tue aku la....hik3x..
Mizan yang sporting. sejam lepas tue..dia titun. heeeeeeeeee...

yang nie aktiviti di hari Ahad. tue jer...SEKIAN TERIMA KASIH coz tak sudi baca entry kali nie.


Thursday, October 18, 2012

.....SABARLAH DUHAI HATI



Salam sejahtera semua....korang sihat ker? harap2 sihat n ceria hendaknya.

SAYU tak tajuk ENTRY kali ini? urm....SAYU tajuk tue...SAYU lagi apa yang sekeping hatiku nie rasa. SABAR la DUHAI HATI kay. SIKIT jer lagi. SIKIR jer tue. BIAR pun ada PEPATAH mengatakan...SIKIT- SIKIT, LAMA - LAMA JADI BUKIT.

Adeh, kalau dah SAYU hati jadi bukit....PARAH la nanti. Tak tau apa nak jadi. Biarlah ku pergi.....(sob...sob)

Pasal SAYU nya hatiku nie...bukan hari nie jer ku rasa....seingat - ingat, aku perasaan nie WUJUD lepas hari RAYA 2012 tue. Napa? Mengapa? Tak perlu la aku hurai disini. Biarlah "ia" menjadi RAHSIA HATI. yah....HATI pun ada RAHSIAnya. Tolong kuat yer WAHAI HATI.

HATI mesti kuat. mesti SIHAT. mesti motivate utk sentiasa CERIA. tak CERIA...buat2 CERIA ya...Duhai HATI.

Kesian HATIku. Dah 33 tahun HATI menemani diriku. Sepanjang saat,detik,jam,hati,bulan,tahun2 itu la HATI byk SIMPAN RAHSIAku. HATI la peneman JIWAku,JANTUNGku,FIKIRANku...bila2 mana DIRIKU SAKIT, SEDIH AND HAPPY. TERIMA KASIH, duhai HATI. SAYA SAYANG HATI SAYA. (adeh, mcm budak sekolah rendah buat karangan bahasa Melayu ler pulok) huhuuhu....

Wpun....aku mention HATI ku agak SAKIT...dan tak berapa SIHAT sejak hari Raya tue...tapi....tak ler brp TERtekan spt hari nie. Hari nie...HATIku....moody banget. cian HATI. Nak buat camner duhai HATI....kita berdua kena TERIMA UJIAN ALLAH SWT dengan Redha, Pasrah n Kita sama2 kena KUAT.

Kalau kita berdua tak KUAT....tak bekerjasama antara satu sama lain...bantu - membantu...sapa lagi nak BANTU. melainkan Dia Yang Maha Kuasa. Mohon pdNya adalah salah satu usaha yang paling berkesan. HATI...sama2 kita perbykkan zikir kay. HATI mesti kuat kay. Jgn SEDIH2 kay duhai HATI. kalau HATI sedih.....diriku pun SEDIH jugak.

Merawat HATI yang tengah sedih nie....byk yg perlu aku usahakan. Antaranya...ku perbykkan zikir, istirgfar......dah yang satu lagi..p la google mana2 yang boleh memotivatekan HATI. Antara yang ku dapat adalah dari website ILISLAM. Tajuk ENTRYnya: - 


meh2 baca sapa2 yang punya HATI yang sedang terLUKA, SAKIT,terGURIS.....


BUT, BEFORE TUE MEH aku TAMPALKAN POSTER NIE DULU: -


INI SIGN UTK KERJA2 MEMBERSIH HATI SEDANG D JALANKAN yer.......TOLONG BAGI LALUAN.
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

 BERKESAN & ENTRY YANG BEST "THANKS ILISLAM"

Then, bukan tue ajer aku usaha agar si duhai HATI happy ari nie. Mcm2 ku find out PENAWARnya. Antaranya yang nie: -


Di saat kita diberi 'PILIHAN' pada sesuatu 'KESEMPATAN'...kita perlu membuat 'PERUBAHAN' demi sebuah 'KEBAHAGIAAN'. Namun, seandainya kita TIDAK berusaha untuk mengambil 'KESEMPATAN' yang tersedia dan membuat 'PILIHAN' yang terBAIK buat diri kita...maka 'PERUBAHAN' yang dilakukan selepas kita KEHILANGAN segala-gala adalah sesuatu yang amat MERUGIKAN.
THEN....

aku mejin2 la sapa/apa2 yang menyebabkan HATI ku terSEDIH, terLUKA, terGURIS.....mcm nie: -

FOR YOU...YOU....YOU: -

This is what i want (if): -

Put your feet in my shoes, see what its like. Ain't so easy when they are to big to walk in Or you have squeeze & struggle to get them on. Each & everyday, look what i go through. Look How much i have to think, how much i have to Struggle, how much i have to TRY.. Just to make It THROUGH, one day at a time. You don't know What it's like, so STOP making me feel BAD, stop making FUN (NY), stop being a BULLY & see what It's like.

(yang nie aku punya STATUS dlm FB hari nie)




korang JANGAN DERA SEKEPING HATI KERANA...............???


 Kalau HATI dah PECAH......ROSAK.......TERLUKA......sukar nak SEMBUHKAN BALIK. PASTI ADA PARUT YANG TINGGAL. TOLONG JAGA HATI KAMU, JAGA HATI ORG YANG KAMU SAYANG AND JAGA HATI SENDIRI.

Doa yang aku dapat untuk rawatan si duhai HATI. Nie yang aku dapat: -

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, kuatkan kami dgn cintaMu, menjadi sadar akan cinta kami, kehilangan kami, kedukaan kami, mengatasi perasaan marah, kecewa, luka perih dihati, agar kami rela & redha menerima ketetapanMu yg membentuk peribadi kami menjadi lebih kuat & sabar dlm menjalani kehidupan ini"

Amin Ya Rabbal Alamin

lepas tue yang nie plak....


betul2 bagus untuk rawatan si HATI. hehehhe.....

HATI dah rasa LEGA sikit kan?
HATI mesti kuat..yer.....
HATI mesti belajar REDHA & PASRAH
HATI mesti tingkatkan KESABARAN
orang tak paham....takpe...
HATI masih ada PENCIPTA HATI....
Dia Yang Maha Memahami...
Dia Yang Maha Kuasa
Hanya Pd Dia...kita sama berdoa yer WAHAI HATI...
kita mohon sama2 agar Dia Melindungi kita yer...wahai HATI.

urm....ingat tue wahai HATI....IMAN kita sama2 kena kuat.
Cian HATI....aku la yang hanya dapat memujuknya.
takpe....takde orang nak PUJUK...aku..pun aku la...
heeeeeeeeeeee.....

Firman ALLAH SWT,
Sesungguhnya " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)



"KEHIDUPAN pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak bernama kehidupan tanpa cabaran, ia ibarat warna-warni yang menghias diri.
Namun, seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba-Nya.."


INGAT tue duhai HATI


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.


(untuk si HATI jugak. Jgn sedey2 kay HATI)


SEMOGA HATI ku terus KUAT, TABAH & SABAR dalam menerima segala UJIAN & DUGAAN yang sekadar mengUJI diriku. Kalau tak TABAH2 jugak mcm nie la jadinya: -



he~he~he.......LELONG! LELONG! Sapa2 nak beli HATI saya?? Angkat kaki....or takde orang nak beli DERMA JER la....;p

kalau TANDA HATI dah sihat mcm nie la rupa nya: -



DAN,


OK...tue jer. semoga si duhai HATI...sihat. gumbira. kuat. tak mo tengok si HATI sedey2 lagi. SAYANG HATI. muaaaaaaaaaah....TERIMA KASIH HATI...kerana SETIA MENEMANI DIRIKU SELAMA 33 TAHUN. LOVE YOU MY HEART♥♥♥

Thursday, September 20, 2012

Sembelit owh sembelit...suh..suh...NYAH KAU DR IDUPKU!


Salam u ols....

Today 20.09.2012, pejam celik, pejam celik....dah hari Khamis. Esok Jumaat (yay!!!!) Saya suka Jumaat, anda juga tentu suka. hik3x....

Urm, ari nie aku nak story mory dengan korang peristiwa sembelit level buasir yang telah menyerang hidupku. setakat nie...dah 2x dah penyakit nie menjelma dan menyerang proses sisa buanganku. FOBIA, TAKUT, GERAM, FED-UP....memacam mood menyerang bila berhadapan dengan kes cam gnie. Semalam...kira2 jam 7pm...sakit nie menyerang lagi. Masa tue....ada perasaan nak membuang..tapi tak ler sarat sangat nak membuang. Untuk makluman korang, aku nie spesis yang suka pegi ke WC bila betul2 dah sarat nak membuang. Tue kes nak membuang la. Kalau kes mandi..tak ler saratkan?? hahhahaha...

So, disambungkan cerita tadi....semalam tue...aku cuba2 gak nak melayan mood dalam WC. Nasib WC d umahku ada dalam master room. So, tak ler susah sangat nak perhatikan anak2ku yang tengah bermain bila ditinggalkan sendirian. Affan dia tak suka tinggal sorang2 dalam bilit. Mesti dia "kengkaung" a.k.a meraung2 la. Urm, sejak menjak Affan dah tau reti nie....aku mintak papanya buatkan pagar sementara didepan pintu WC dalam master room kami. Time aku mandi, aku tak tutup pintu WC. Dapat la Affan bermain sambil tengok mamanya yang seksi mandi. (huk3x). Seksi amendanya...lemak berkrim ngelember sana sini. Ngehahahhaha....

Adeh...deh.....swing ntah kemana dah cerita pasal sembelit level buasirku tadi nih. OK, lets continue.....

Dalam jam 7pm tue..aku cuba nak membuang. Tak juga keluar2. Punya la lama....mcm2 dah aksi anak aku..perhatikan aku. Puas juga aku pujuk dia dari jauh....main2, baring2..sambil tunggu mamanya tengah mengeram. Drama "Kau yang Terindah" yang tgh main d TV3.....kedengaran dari WC. urm....masih lagi jam 7pm...maybe dah 30 minit berlalu. Tunggu punya tunggu belum juga keluar bahan buangan aku tuh. Isk...isk....Affan dah mula meragam. Macam2 dah aksi bosan dia tunjuk kat depan pintu WC. Tolong la....keluar la...aku dah berpeluh dalam WC. Walaupun aircond d on dalam master room....hasil dari tekanan sembelit.....udara sejuk tue dah tak terasa. sob...sob...

15 minit dah nak jam 8pm...bahan buangan aku tue belum jugak keluar. Adeh...deh.....tulung...tulung...aku dah tak sanggup. 

Lebih kurang mcm nie la gaya aku time tue. huhuhu


KEJAM betul siksaan sakit nih. Affan dah meraung. Nak tido lettew. Kesian anak mama. Nenen (susu) dia dah habis. Dia nak meracau, merengek2....semua toys dia, dia buang. Marah sangat aku tinggalkan dia lama. Owh, tedah anak mama. Apa bleh buat...penyakit bukan mama pinta, sayang. sob...sob.....kalau ada hubby aku...dapat la tolong tgk2 kan Affan time aku berjuang dengan penyakit nih. Urm, nak tau? kira2 jam 8.15pm macam tue...baru la semunya selesai. Bontot aku dah kembang, dek kerana najis yang degil tak mo keluar. Sakit tak payah cakap. Malam tue aku dah tak selera nak makan. Lepas mandi, terus aku buatkan susu utk Affan. Kasi dia tidur dulu. Lepas dia tidur....aku kemas2 dapur n apa yang patut. Mata aku nie even sakit...aku tak suka tengok selerak sana sini.

Lepas semua selesai. Aku pun Zzzzzz.......

Pepagi lagi...bontot sakit, tulang pinggul pun turut sakit. Adoiiiiii yay.....malangnya nasib HAKU. sob...sob....

Sumber kesihatan cakap, individu yang kena sakit nie mereka terdiri individu yang kurang makan buah (yah, aku mmg tak suka mkn buah, tapi sayur aku suka. PALING suka taw!). Then, sukar nak minum air banyak. (yah, itu aku mengaku. sob...sob). Apa2 pun Nie hah..sedikit info pasal sakit sembelit nih. Sapa2 yang ada/ penah kena serang sakit nih. Kalau sudi kita bleh share d experiences. hik3x....

Sembelit kronik (Sumber dari Kosmo)

Sukar membuang air besar dan najis berdarah mungkin petanda kanser usus.



PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar?

Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.
Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.


Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri daripada golongan lelaki.
“Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.
“Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,” ujarnya.
Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan mengundang rasa tidak selesa kepada perut.
“Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.
“Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.