Haloooo
Waiseh...mcm program running man plak haku menghapdet entry yg dah lama terbengkalai sejak dua menjak nih. Betul2 bz lor. Tak dpt nak excuse. Nak hapdet kat umah mmg tak mampu urat murat haku nih nak menaip. Power battery haku dah semput klu menjelang mlm. heeeeeeeee....
So, actly dah lama haku nak hapdet pasal mende nih. Aku nak cerita la..yg aku dah berjumpa dgn ubat yg bleh mengebalkan sistem keperutan haku nih. Lama2 nie..perutku asyik sakit jer. Sakit gastrik haku yg telah lama haku hidap datang kembali. Sakit giler klu kena gastrik nih. Bukan jer gastrik...masuk hangin skali. FULL PACKAGE gittew. Sesapa yg penah kena sakit nih..pasti paham situasi kena serang sakit nih.
Kalau aku kena sakit nih...get ready jer ubat gastrik..or apa2 jenis ubat utk kurangkan rasa sakit. mcm2 aku cuba. selain dr ubat doc. ubat sinsei cina pun haku cuba gak. yg PENTING HALAL gittew. Tapi..semua ubat yg telah haku cuba POWER/ KESUNGGUHAN UBAT tersebut mengubat sakit pwutku tak dpt mengalahkan this ubat..............
TA ~~ RaaaAA
"yogurt" |
Nie dia ubat yg aku mention sebentar td. Betul2 mujarab bagi pengidap gastrik + angin mcm haku nih. Kebaikan yogurt nie pun aku dpt tau dr tabiat aku suka mengugel. Tima kasih Mr. Google. TERBAIK!!. hik3x...
Sejak aku mengamalkan yogurt (berbagai JENAMA, beribu PERISA...waiseh..mcm iklan ZALORA.COM.MY ler plak kan? hahhaha.... Iklan pebret Affan tue....siap hafal skrip mcm director iklan lagi tau!) sambung2 entry (sudah2 ler tue buat iklan yg tak penting)...seyes OK!
Sejak haku mengamalkan yogurt nih...aku tak mengalami sakit gastrik + angin lagi. tapi..tak bleh skip wokeh! pagi 2/3 sudu kecik (jimat ler...hahahha) then mlm b4 tdo...2/3 sudu kecik jg. Malam....aku bleh tdo dengan lena. hehehehhe.... BETUL2 mujarab lor. Kalau b4 nie jgn harap aman damai. Selain memprotekkan pwut.....ada kebaikkan lain mcm nie....
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

Ha..nampak tue??? byk FAEDAH nya kan?? wpun bentuk/size kecik molek..tapi..kebaikannya MANTOPS lor. Cuba jgn tak cuba...HARGA MAMPU MILIK. Rega bawah RM3.00 gitu ler. tak tau plak klu ada yg mahal lg. heeeeeeeee....
ok..i stop kat cnie dulu. lapar ler plak. nak meredah kedai apek kat bawah opis haku nih...mana tau ada org sedekahkan mknn. hahahhah...manyak santik muka haku! dushhh..dushh..dushhh...ok kengkawan...happy great day ^_^
No comments:
Post a Comment