Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Thursday, January 17, 2013

Mengimbas kembali................

OOOOOOOOOO~~HA

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat pembaca2 setia belog ku.

Sihat? harap2 korang n kita semua sihat2. tak mo sakit2 nih. pegi jejauh demam, batuk, penat2, letih2...hehehhee.....

Oh, aku mulakan dengan kalimah Bismillahirrahmanirahim. Syukur kehadrat Ilahi...kerana telah beri peluang untuk kami masih lagi bernafas di bumiMu, Ya Rabbi. Syukur alhamdulillah. Semoga hari2 yang masih lagi berbaki...Allah swt beri kita peluang dan ruang dengan hati yang terbuka melakukan segala ibadah yang diredhai olehNya. InshaaAllah. Hanya Dia yang Maha berkuasa keatas setiap makhluk ciptaanNya.

Today, 17/01/13 (Khamis)....Genap seTAHUN usia anak kami Adeed Riffat Darwisy. Doa kami semoga anak kami diberi kesihatan baik dari segala segi. Lindungilah anak kami dari segala penyakit, musibah dan malapetaka. Hanya pdMu, Ya Allah tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Entry kali ini untuk mengimbas kembali...saat2 aku semasa mengandungkan my 2nd son Adeed. Tidak banyak ragam. Tidak banyak karenah sewaktu tempoh diriku mengandungkannya. Aku pulun semua jenis makanan..termasuk nenas. Masa tue...usia kandunganku 2 bulan. Aku masih lum tahu aku mengandung. Cuma...masa nie...aku kuat sangat mengantuk. Sana Sini..mana ada ruang dan peluang...aku tdo. Sampai menemankan kawanku pegi tukar tayar kereta pun...aku sempat melayan mata. Mengantuk sangat. Sampai meleleh2 aek lioq. hahahha.....(sadis betul isteri Mohd Ismadi nih...;p)

Oh ya....mula2 bulan jer time aku preggy...aku takde selera sangat nak mkn. sampai kena tegur kawan lelakiku. Tgk semua benda nak muntah bagai. yg BEST nya bg aku adalah TIDUR! Aku nak tido..tido..tido...

Sampai satu saat...ketika itu my eldest son, Affan kena demam. Demam panas. kira teruk gak. klu tak teruk...masakan sampai masuk spital. Suhu bdn Affan bleh tahan gak tinggi. Terus malam tue (balik dr opis) kami (aku, ibu & my sis) pegi hantar Affan ke Emergency Room, GH. Setelah kena check oleh doctor yg bertugas mlm tue....atas advise doc...Affan harus admitted. Waiseh....tanpa hubby d sisi....aku n Affan pun check in la kat wad. Sedihnya rasa. Stress tak yah nak cerita. Mcm2 emosi yang ada. Tambah2 lagi..tgk keadaan Affan asyik nangis...and susah nak menyusu. Hanya pd Dia tempat aku memohon pertolongan. Masa tue..tak henti2 bibirku berzikir....

Keadaan dlm wad...yang bising dek kerana sora bebudak yang demam/sakit. Sedih, pilu and stress! betul2 Stress! Napa aku stress sangat nih??? Napa??

Aku pun heran gak. Takde selera. Tak dpt nak tdo. Ibu n my sis tak dpt nak temankan kami d wad. Tinggal la aku sorang pantau n uruskan Affan ketika itu. Syukur la..Allah swt perkenankan doaku. Affan tak lama di tahan diwad (tak silap aku dlm 4/5 hari cam gitu). Para doc2 and nurse pun layan kami dengan baik. Setelah keadaan Affan beransur pulih, menyusu pun dah mau...panas bdn dia pun dah OK...so, kami discharged.

Seminggu kejadian itu berlalu....

Semasa tempoh hubbyku d opsor..dulu lah. Kalau dia takde aku & Affan mesti stay umah ibu. Bukan apa...masa tue gak Affan masih kecil. Tak berani plak kami nak stay berdua jer kat umah kami. So, bermlm umah ibu.

Pegi - balik keja dr umah ibu. satu hari....aku merasakan keadaanku cepat sangat letih...waiseh..napa plak nih. Dah la takde selera nak mkn, asyik2 nak tdo, asyik2 letih...then, perut sebelah kiriku selalu terasa sakit. Aku fikirkan angin or gastrik. aku pulun gak ubat gastrik. kira2 2 minggu rasa sakit tue...aku nekad nak check ke doctor. Nak check la..mana tau kalau2 ada gunting ker, kapas ker, apa2 benda yang doc & nurse guna semasa aku lahirkan Affan dulu tertinggal kat dlm pwutku. erkkkk....minta jauh la dr musibah mcm tue. So, aku pilih doc Cheu. coz...d klinik tersebut..ada sorang doc pompuan. Dr Nor. baik orgnya.lemah lembut gittew. hehehhe. sesuai la jugak klu doc pompuan yg rawat aku. sampei jer kat klinik...doc suruh aku baring and scan. scan punya scan...oh......doc cakap aku dah preggy 2 bulan!!! waiseh 2 BULAN?????! omagot.......ketika itu Affan baru jer berusia 5 bulan. Subur plak...heeeeeeeeeeee

Balik ke umah..aku inform kat semua ahli keluarga. Congratulation diaorg cakap! Tp, aku berdebar2. G mana aku nak uruskan 2 org yg masih kecil molek nanti. huhuuhu...

9 bulan aku preggy...sampai saat aku melahirkan Adeed. Ada jugak peristiwa sewaktu melahirkannya (full entry pasal kelahirannya ada didlm salah satu entryku) ...aku kena masuk wad operation....uri aku melekat...tak dpt keluar secara normal. Before nak push baby pun....Ya Allah, azab ku rasakan. sebab Adeed lahir lebih besar dr Affan. Berat Adeed 3.24kg. Affan cuma 2.10kg. Sakit/ azab nya melahirkan baby yg bersize besar. kena INDUCE lagi wokeh! Doc2 yg berada ketika itu pun ada yg fikir aku akan melahirkan twin baby. hahahhaha...lawak giler.

Sekarang....seTAHUN dah. Melupakan peristiwa manis or mencabar kekuatanku sebagai ibu...bukanlah suatu yang senang. Ketika entry ini ditulis pun, Adeed tidak bersamaku. Selama 10 bulan (+ 2 bulan Adeed bersamaku dlm tempoh berpantang) Adeed dijaga oleh ibu mertuaku dikampung. Kenapa??? Biarlah Rahsia.................

InshaaAllah bulan February 2013 nie...kami ambil Adeed semula. Dah sampai tempoh yang sesuai kami ambil Adeed stay bersama2 kami diMiri. Semoga hubungan abg & adik menjadi lebih mesra ^_^. Semoga Allah swt permudahkan niat & urusan kami. Dengan izinMu, Ya Rabbi.

So, entry ini ditulis pun.....sempena UNTUK HARI LAHIR ADEED (dah besar dan pandai membaca NANTI...Adeed baca entry tok,auk?? mama polah utk anak mama. Mama sayang Adeed and abg Affan) Hanya NYAWA yg dapat memisahkan kita, sayang. Mohon pdMu Ya Allah, Ya Tuhanku...satukan cinta & sayangku pd anak2ku. Amin Ya Rabbal Alamin.

mama end this entry with this simple card (one day you'll understand and hopefully you like it, MY son)



Ok tak kengkawan??

InshaaAllah...klu semua dah berkumpul nanti baru mama & papa dapat buat yg best2 utk korang berdua (Affan & Adeed)

WE LOVE BOTH OF YOU

No comments: