Salam semua.....
Pa kabar korang? diharap semuanya sihat2 belaka. Mohon dijauhkan dari segala penyakit. Today, baru aku nak hapdet entry berkisar tentang saat terjadinya demam secara tetiba menyerang Affan. Actly, dah 2 hari Affan tak kesekolah. Bermula pd hari Rabu 16/01/13. Badan dia masa tue dah start suam2. Sewaktu menjemput Affan dari Taska ptg Selasa itu..cikgu cakap Affan tak diaorg beri mandi. Badan dia terasa suam2. Oh...cian anak mama. Tak sihat yer. Thats why....on Rabu dia tak d hantar ke Taska. Dia duduk umah nenek dia. Sementara menanti aku yg masih kerja.
Sewaktu menjemput Affan d umah makku ptg Rabu, mak cakap yang badan Affan panas. Tapi..still boleh menyusu n aktif gak. Terus tghari itu aku bawak ke klinik. doc bagi ubat demam, antibiotik and ubat tahan sakit (ubat tahan sakit tue..aku tak tau apa ntah. aku tak bagi..coz, tak tau ubat utk apa)
Ptg tue aku and makku bagi Affan mamam ubat. Secara paksaan wokey. Tak dpt nak ambik pic....coz..keadaan memaksa anak mkn ubat amat "MENGHARU BIRUKAN" huhuhuhu.....
So, ptg tue after semua dh ok..kami berdua balik ke umah sendiri. Kiranya mlm esok jer nak "berambeh" umah mak. coz nak tgk FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA. heh! sempat lagi neh....hihihihi
Seperti biasa....mlm tue Affan tdo awal. tapi..bdn dia agak panas. aku lap bdn dia guna air asam jawa. menyusu ada kurang selera dr biasa. Sedih plak ku tgk. Setelah aku hampir diulit dek mimpi - mimpi indah (byk la ngko punya indah!) tetiba...............
Jam 1 pagi...Affan merengek2 memanggil namaku....
Mama.....Mama....Mama...
Nangis...................
Aku pujuk. Pok2 buntut dia..bagi tdo.
Sound mcm nak vomit pun ada. aku urut2 belakang dia. aku cakap..klu nak vomit..juz vomit.
Nangis lagi..................
Mama...............Mama..............Mama.........
(aku tahu sangat...klu Affan cam gnie..betul2 sakit la dia tue)
Keadaan berlarutan hingga ke jam 4 pagi.
Aku pujuk Affan dengan ajak dia pegi baring depan tv. Layan cartoon. Sampai jer d ruang tamu....Affan terus vomit. tapi...vomit dia tak byk. dapat lagi aku sambut muntah dia dengan tapak tangan aku yang kecik nih. huhuhuhu...
Lepas muntah..keadaan Affan aku lihat ok sikit. terus aku selimutkan dia...n bubuh kain kat dahi nya, yang tlg aku basahkan dengan air perahan asam jawa.
Setelah bbrp minit dia layan cartoon...dia mintak susu and aku plak yg tak sedar yg dia telah terlelap. Masa tue jam tlh menunjukkan jam 4.54 pagi. Waiseh...nampaknya terpaksa la aku mintak emergency leave esok. coz still kena pantau keadaan Affan ok ker tak ok esok harinya.
Ini pic yg aku sempat hambek:-
keadaan lemah sgt....tapi..syukur akhirnya tdo dan mau menyusu |
Yang bwh ini pic the next day. Dia tdo dr jam 4.54 pagi til 2 ptg. dia cuma bangun merengek2 mintak susu. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah swt kerana menyembuhkan demam anakku.
keadaan Affan tdo....kita buat bising pun dia tak bangun. sedap sgt tdo |
NOTE:
Terima kasih buat kengkawan & sedara mara yg sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Tiada yg dpt ku balas melainkan mendoakan kalian juga dilindungi dari segala malapetaka, musibah serta penyakit. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sambung next ENTRY....................
No comments:
Post a Comment