Tentang Aku.....

My photo
♥ Lahir pd 20 February 1979 ♥ Mudah mesra tp sensitif ♥ Orang Serawak, Berdarah campuran Malay + melanau + iban ♥ DAH KAWIN DA. Dan di kurniakan 2 org hero.Syukur alhamdulillah. ♥ Suka akan muzik, seni dan fesyen ♥ Suka mkn dan mkn...dan mkn ♥ Suka main masak2. ♥ Suka Berkebun (peminat tegar bunga Ros) ♥ Suka bergambar dan main pesbuk. hahahha....

♥Kengkawan cayangku♥

Mesej dari kamek untuk kitak....

Tuesday, January 8, 2013

Taaaaaaaaaaaa ~ Raaaaaa!!! Ini dia TASKA utk Affan

Holaaaaaaaaaaaaaa frens n pembaca2 belog aku...tengkiu coz..masih setia mengikuti coretan coretin hidupku.

Entry kali nie..bercerita pasal...Taska untuk Affan. Taraaaaaaaaaaaaaa......dah ku kira tolak tambah....Finally, aku pilih Taska Ceria untuk pendidikan awal our lil son Affan. Antara kriteria aku pilih Taska ini ialah: -

1. Tahap pendidikannya (taska nie provide sistem pembelajaran mcm taska2 yg lain. Taska2 yg aku maksudkan "yang lain" tue...ialah taska yang perlukan kita byr mahal2 produk dan khidmatnya)

2. Servis nya (ada provided mkn pagi/tghari/ptg) - so, mama nya tak perlu la fikir apa yg perlu dimasak utk Affan setiap hari. Bukan malas...tapi..pening fikir sana sini. Sudah la Affan nie bukan jenis yg kuat mkn. Dia kuat menyusu jer)

3. Budget (kena kira gak....yearly fees, montlhy fees). Bukan sorang jer anak kita. Nak kira jugak budget utk anak2 yang lain. Klu taska yang mahal...tak mampu ler kami. takkan nak memaksa byr fees taska memahal sedangkan periuk nasik kena sekat. tul tak? so, kena cari yang tahap BERBALOI.
orang cakap :YANG MAHAL TAK SEMESTINYA YANG TERBAIK....haaaaaaaa.....!

4. KESELAMATAN (yang nie aku mmg titik beratkan. aku paling pantang bila pegi kesesebuah taska/tadika....GATE UTAMA nya tak berkunci. Kalau pihak guru or penjaga malas nak pegi kunci gate...SILA KELUARKAN BUDGET LEBIH UNTUK BUAT AUTOMATIK GATE wokeh! Senang cerita....tekan jer suiz....SELAMAT dah. Dan, pastikan taska yang kita pilih....ada grill d pintu n tingkap2....SELAMAT. Selain itu.....dalam taska...dikawasan permainannya..ada PVC carpet. klu ada PVC carpet nie...selamat bagi budak2 nak main. jatuh tak sakit)

5. ALAT PERMAINAN (utk bebudak Taska khasnya...ini dikira penting juga. Misinya untuk menarik minat diaorang ke Taska. Alat permainan yang sesuai, selamat n menarik. Itu dikira penting yer)

6. Tenaga guru & pengasuh (Ini penting bg aku. If possible....biar jumlah guru/ pengasuh bersesuaian dengan jumlah bebudak yang nak diasuh. Takkan budak/murid yang nak dijaga ramai...guru/pengasuh yang nak menjaga tue kurang. Kang tak pasal2...murid2 tue yang mengasuh guru plak. hehehhehe)

7. Luas kawasan taska (perlu juga. utk kualiti udara dan keselesaan)

8. Jarak Taska/Tadika (yang nie depend dengan citarasa parent masing. ada yang nak taska dekat dengan kediaman. ada yang nak dekat dengan kawasan tempat keja parent itu sendiri. Bagi aku...aku nak dekat dengan kawasan keja ku. senang bila2 aku jenguk Affan ^_^

Rasanya...tue jer kot. yang lain...ikut mana2 parents la kan. apa yang penting bg korang...penting la tue. harus diambil kira. ok...meh cnie layan pic yang aku hambik dr belog TASKA CERIA: - http://taskaceria.blogspot.com/. sowi..yer cikgu2...hehehhe

TASKA CERIA



owh...terlupa aku buat kira2 ngan korang pasal fees utk ke taska ini. so, check it out: -

REGISTER FEES: - RM50.00 (PER YEAR)
BOOKS: - RM70.00 (PER YEAR)
MONTHLY FEES: - RM400.00

= so, TOTAL FOR 1ST REGISTRATION ----------> RM520.00 (berbaloi la kan) heeeeeee....

then, Schedule masa persekolahan: -

So, for saturday tue nanti tgk la..mcm mana..klu aku perlu rajin berjogging or berkebun...semestinya Affan akan ku hantarkan ke Taska. Rugi plak klu tak hantar..coz..fees nya totap sama. huhuuhu....rajin2 ler yer diriku bgn awal pagi saturday tue. hahahhahah.... ;p

KENAPA HARUS PILIH TASKA CERIA??? urm..lebih kurang gnie la...jawapan diaorg: -

bab meal tue...harap2 berselera la anakku bila mkn bersama kawan2 ditaska nanti ^_^

Dekat taska nie....masa pembelajaran bermula dari jam 10 pagi. so, bagi parent yang hantar anak2 mereka harus sampai before jam 9 pagi. coz kena sejam awal..utk arrange bebudak. Mood pagi ler katakan. Paham2 la korang yek. Masih ada mamai lagi. hehehehhe....

Gate 24 jam close for safety.

Balik jam 5.30pm. Extra charges klu lambat ambil anak2.

Ada klak Pendidikan Jasmani. So, harus sediakan baju P.J/ P.E.

diTaska nie....diajar bahasa English/BM/Chinese. perghhhh..berbelit la lidah haku....bersoal jawab dengan Affan cakap cina nanti. hahhahahha

Jadual cuti sekolah bagi 2013: -


Daily schedule: -



aku rasa tue jer yang dapatku kongsi ngan korang. Lopas nie...aku share plak pic2 Affan 1st day ke sekolah. heeeeeeeee...calo dulu. belum mkn tghari lagi nih. Jam skrg dah nak masuk jam 2pm. lopas nie..nak  gi TMnet...uruskan application unIFI kat opis kitaorg. huhuhuu.........berkejar kesana kemari....;p

REST dulu yer...calooooooooo

No comments: